12 MAC: Seramai hampir suku juta atau 249,909 individu sudah menerima dos pertama vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan setakat semalam.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata Selangor merekodkan pemberian vaksin tertinggi dengan 29,208 individu, diikuti Sarawak (28,212), Kuala Lumpur (25,190) dan Sabah (20,411).
“Seramai 21,160 individu pula direkodkan di Perak, Johor (19,559), Pahang (19,314), Kedah (15,834), Kelantan (15,339) dan Terengganu (13,070).
“Manakala seramai 12,608 menerima vaksin sama di Pulau Pinang, Negeri Sembilan (10,801), Melaka (7,126), Perlis (6,006), Putrajaya (3,733) dan Labuan (2,338),” katanya.
Beliau berkata demikian menerusi infografik di akaun Twitter miliknya, hari ini.
Program imunisasi yang dilancarkan pada 24 Februari 2020, menyasarkan pemberian vaksin COVID-19 secara percuma kepada penduduk negara ini, sama ada rakyat tempatan mahupun warga asing.