14 MAC : Penemuan fosil dinasour bersama telur dalam keadaan mengeram merupakan penemuan pertama di dunia yang ditemui oleh sekumpulan penyelidik dari Ganzhou.
Fosil dinasour jenis Oviraptorosaur yang mirip seekor burung itu hidup pada era Cretaceous itu ditemukan kumpulan penyelidik atas batu-batan yang berusia lebih 70 juta tahun.
Dua penyelidik tersebut, Bi dan rakannya, Xing Xu dari Akademik Sains China memberitahu, daripada lebih 24 biji telur, tujuh masih dalam keadaan belum menetas.
“Namun sudah terbentuk beberapa struktur anatomi seperti tulang, lengan, pelvis dan ekor dalam embrio tersebut.
“Keadaan ini menunjukkan dinasour itu mati ketika dalam tempoh inkubasi, sama seperti kumpulan burung,” jelas mereka.
Sementara itu, seorang lagi penyelidik dari Carnegie Museum of Natural History (CMNH), Dr Matt Lamanna, berkata, beberapa dinasour daripada golongan Oviraptorosaur pernah atas sarang sebelum ini.
Namun demikian katanya, penyelidik tidak pernah menemukan embrio dalam telur-telur tersebut, berbeza pada penemuan kali ini.