16 MAC : Wabak jangkitan virus COVID-19 di Eropah telah menyebabkan lebih 900,000 kematian setakat ini.
Angka tersebut menjadikan Eropah sebagai wilayah paling terkesan, diikuti Amerika Latin dan Caribbean (721,581 kematian), Kanada dan Amerika Syarikat (558,110 kematian) dan Asia (263,250).
Sehingga hari ini, 52 negara dan wilayah di rantau ini yang merangkumi Russia dan Turki telah mencatatkan 900,185 kematian secara rasmi, daripada sejumlah 40,083,433 kes yang disahkan.
Eropah minggu lalu menyaksikan purata 3,000 kematian COVID-19 sehari, manakala jumlah jangkitan sejak awal wabak ini sudah melepasi 40 juta semalam.
Britain merupakan negara yang paling teruk dilanda pandemik itu di Eropah dengan mencatatkan 125,580 kematian untuk 4,263,527 kes, diikuti oleh Itali (102,499 kematian, 3,238,394 kes), Russia (92,937 kematian, 4,409,438 kes), Perancis (90,788 kematian, 4,078,133 kes) dan Jerman (73,656 kematian, 2,581,329 kes).
Republik Czech adalah negara dengan jumlah kematian tertinggi di Eropah dengan 218 kematian per 100,000 orang, diikuti oleh Belgium (194), Slovenia (189), Britain (185) dan Montenegro (180).
Di seluruh dunia, lebih 120 juta jangkitan COVID-19 dicatatkan semasa pandemik ini, menyebabkan hampir 2.66 juta kematian di seluruh dunia.