9 JUN: Sebanyak 281 kes pulih daripada Covid-19 dicatatkan hari ini, menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 6,975 kes atau 83.67 peratus dari keseluruhan kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata jumlah sembuh itu yang tertinggi pernah dicatatkan setakat ini.
Katanya, bagi kes baharu pula, sebanyak tujuh kes dilaporkan, iaitu enam kes import mendapat jangkitan dari luar negara dan satu kes penularan tempatan.
Katanya, dengan pertambahan kes baharu itu ia menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 8,336 kes dengan jumlah kebolehjangkitan sebanyak 1,244 kes.
Dalam pada itu, Dr Noor Hisham turut melaporkan tiada pertambahan kes kematian disebabkan COVID-19 dan jumlahnya kekal sebanyak 117 kes.
“Daripada 7 kes baru yang dilaporkan, 6 adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara. Daripada kes penularan tempatan hanya 1 kes membabitkan bukan wargenagara, dan tiada penularan melibatkan warganegara.
“Sehingga kini 6 kes positif Covid-19 sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 1 memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.