25 MAC : Kadar kebolehjangkitan (Rt) COVID-19 mengikut kes harian untuk seluruh negara setakat semalam kekal 0.99 dengan Labuan serta Pahang mencatat Rt tertinggi iaitu pada 1.45
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi infografik yang dikongsikan di akaun Twitter berkata, Melaka merekodkan nilai Rt kedua tertinggi iaitu 1.31, diikuti Kedah (1.19),Kelantan (1.12), dan Putrajaya (1.11).
Negeri-negeri yang mencatat bacaan bawah 1.0 ialah Sarawak (0.97), Terengganu (0.93), Selangor (0.92), Kuala Lumpur (0.91), Sabah (0.88), Johor (0.81), Negeri Sembilan (0.80) dan Perak (0.77).
Semalam, angka kes baharu harian COVID-19 di Malaysia mencatatkan penurunan semula apabila Kementerian Kesihatan (KKM) hanya mengesan 1,268 kes berbanding semalam iaitu 1,384 kes
Noor Hisham mengesahkan jumlah itu membabitkan 1, 263 kes tempatan dan lima kes import, menjadikan jumlah kumulatif kes positif wabak itu meningkat kepada 336, 808
Noor Hisham memberitahu jumlah kes sembuh baharu dilaporkan sebanyak 1, 083 menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh akibat pandemik itu melonjak kepada 320, 925 atau 95.30 peratus daripada keseluruhan kes.
Namun, apa yang membanggakan, beliau berkata, kes kematian baharu turut mencatakan penurunan di mana hanya dua kes dilaporkan hari ini berbanding semalam enam kes.
Ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian akibat Covid-19 kini 1,246 kes atau 0.37 peratus daripada keseluruhan kes.