nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Undi-18: Kerajaan tidak takut, cuma sukar dilaksana tempoh terdekat

27 MAC: Kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak takut untuk melaksanakan Undi-18 dan tidak seharusnya dipersalahkan  apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan penangguhannya.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata beliau sudah bertemu dengan Pengerusi SPR yang memaklumkan Undi-18 tidak mampu dilaksanakan dalam tempoh terdekat.

“Ada kata kerajaan PN takut, tetapi kami tidak takut, malah sebahagian besar anak muda, saya yakin menyokong kerajaan, namun nak buat macam mana?

“Kita perlu realistik dan tak perlu dipolitikkan sangat kerana ini membabitkan perkara besar, termasuk kerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) disebabkan membabitkan jutaan pengundi,” katanya pada sidang media selepas melancarkan zon ekonomi khas Pagoh Fasa 1 di Bandar Universiti Pagoh, Muar hari ini.

Muhyiddin berkata, isu itu bukan soal kerajaan PN, tetapi mengenai sebuah suruhanjaya bebas, iaitu SPR yang perlu disokong dan dibantu apa sahaja usaha dilakukannya.

“Saya terima kenyataan Pengerusi SPR, kita berbincang mengenai isu ini, saya kata kalau boleh disegerakan dan beliau kata September, itu paling cepat, saya kata tak boleh ke September tahun ini, dia kata tak boleh.

“Habis bagaimana nak memaksa dan mengapa kita terlalu emosi mengenainya. Ini bukan soal kerajaan PN takut, malah lebih cepat lagi bagus, tetapi nak buat macam mana,” katanya.

Perdana Menteri berkata, usaha melaksanakan Undi-18 membabitkan pelbagai pihak, iaitu satu daripadanya memerlukan kerjasama JPN berhubung kad pengenalan, penukaran alamat dan berkaitan.

Justeru, katanya, urusan itu bukan di bawah kerajaan, sebaliknya membabitkan suruhanjaya dan perkara terbabit terserah kepada kebijaksanaan, kecekapan serta  pengurusannya jika boleh dilaksanakan.

Muhyiddin berkata, walaupun Undi-18 sudah diwartakan dan misalnya dilaksanakan pada satu tarikh tertentu yang ditetapkan, anak muda berusia 18 tahun masih tidak boleh mendaftar sendiri, sebaliknya perlu dilakukan secara automatik.

“Saya diberi nasihat anak muda berusia 18 tahun tidak boleh mendaftar sendiri sebagai pengundi) dan dia perlu buat secara automatik di bawah kendalian SPR. Jika boleh bagus juga, boleh parti politik keluar jumpa anak muda dan daftarkannya masuk ke dalam sistem seperti mereka yang berusia 21 tahun.

“SPR kata mesti didaftarkan secara automatik, ini adalah isu teknikal dan biarlah SPR menguruskan dengan sebaik mungkin,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.