nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Hubungan rapuh Anwar dan Tun M punca peroleh 107 MP

11 Jun: Pengakuan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai jumlah sokongan 107 ahli parlimen itu benar-benar membuka pekung di dada bahawa Pakatan Harapan (PH) sudah tidak berdaya untuk menumbangkan Perikatan Nasional (PN).

Menurut Penganalisis Politik Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Kamarul Zaman Yusoff, segala usaha pembangkang itu sedikit sebanyak turut memberi ‘kesedaran’ kepada penyokong mereka untuk tidak terlalu obses dengan parti itu.

“Bila Anwar dah umumkan jumlah sebenar, ia bagus kerana boleh menyedarkan penyokong mereka yang keterlaluan dalam menggembar-gemburkan kononnya PN akan jatuh.

“Penyokong mereka boleh berhenti berharap, dan pembangkang juga boleh fokus kepada tugas sebenar dengan memperkukuhkan gabungan PH itu sendiri, kemudian baru fikirkan sasaran yang seterusnya untuk memperoleh mandate rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15,” katanya kepada PNBBC Portal.

Tambah beliau, hubungan di antara Presiden PKR Anwar Ibrahim dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu juga antara punca mengapa mereka tidak memperoleh sokongan lebih dari 107.

“Hubungan Datuk Seri Anwar dan Tun Mahathir sendiri pun rapuh, walaupun mereka cuba menyembunyikan perkara itu dari orang ramai, tapi mereka gagal. Ini juga menjadi punca mengapa jumlah sokongan yang diperoleh hanyalah 107 sahaja,” jelasnya lagi.

Berikutan itu, perkara ini akan memberi kelebihan kepada PN untuk ahli parlimen lain untuk terus menyokong kerajaan hari ini sebagai pentadbir negara.  

“Mereka (ahli parlimen) tahu bahawa kerajaan PN sukar dijatuhkan, mendapat sokongan majoriti rakyat, Yang Dipertuan Agong, jadi apa yang mereka dapat kalau terus menyokong PH yang belum tahu lagi kemana hala tujunya.

“Itu belum masuk isu calon PM lagi, ramai yang akan kusut kepada tentang hal ini,” ujarnya.

Mengulas lanjut tentang dakwaan Anwar yang menyatakan jumlah sokongan107 itu tidak termasuk Ahli Parlimen Bebas dan beberapa pihak lain, Kamarul Zaman berkata ia kenyataan yang benar-benar tidak relevan.

“Ahli Parlimen Bebas ada berapa? pun masih belum cukupkan jumlah untuk jatuhkan PN. siapa pula pihak lain?

“Jadi pada saya, kenayataan dia ini cuba untuk menghiburkan hati penyokong yang terkejut dengan pendedahan yang dibuat, dikira juga sebagai sokongan moral untuk terus memberi kekuatan yang rapuh kepada PH,” ujarnya lagi. – Oleh ASLINDA NASIR

Get real time updates directly on you device, subscribe now.