nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tun Faisal ajak Ahmad Zahid sumpah laknat Jumaat ini

12 APRIL : Bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz akan melafazkan sumpah laknat bagi menafikan dakwaan terlibat mencipta audio  mirip suara Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang tular di media sosial.

Faisal berkata beliau juga telah dituduh memfitnah Ahmad Zahid berkenaan kewujudan surat sokongan terhadap Anwar untuk menjadi Perdana Menteri seterusnya.

” Tulisan yang memfitnah saya sebagai dalang ‘penciptaan’ dan penyebaran audio Anak Murid-Cikgu ini telah disebarkan menggunakan WhatsApp kepada Ketua-ketua Bahagian dan Ketua-ketua Sayap Bahagian oleh pihak yang mempunyai nombor-nombor telefon mereka.

“Besar kemungkinan (dilakukan) oleh pihak UMNO Pusat sendiri yang mempunyai akses terhadap nombor-nombor Ketua-ketua UMNO Bahagian dan Sayap-sayap Bahagian di seluruh negara,” katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya, hari ini.

Justeru itu, Ahmad Faisal turut mengajak Pengerusi Barisan Nasional (BN) untuk melafazkan sumpah laknat bersamanya pada satu majlis yang akan dilakukan pada 16 April ini.

Menurut beliau, ini perlu dilakukan Ahmad Zahid kerana telah dikecam hebat kerana menipu Perwakilan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 berikutan tersebarnya audio perbualan antara beliau dan Anwar di samping dakwaan sokongan Ahmad Zahid dan Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menyatakan sokongan kepada Anwar.

“Cadangan saya adalah agar kita mengangkat sumpah bersama-sama di Surau Ar-Rahman, Pusat Dagangan Dunia (PWTC) Kuala Lumpur, selepas solat Jumaat, jam 2.30 petang, 16 April 2021.

“Atas sebab itu, saya ingin mengajak Datuk Seri Ahmar Zahid untuk bersumpah bersama-sama dengan saya supaya kita dapat membersihkan nama masing-masing seperti yang dianjurkan oleh Allah dan RasulNya.

“Selain membuat laporan polis untuk menyiasat kesahihan audio ini yang akan mengambil sedikit masa, bersumpah atas nama Allah setidak-tidaknya boleh meredakan kecaman terhadap Datuk Seri (Zahid).

“Semoga nama kita berdua dapat dibersihkan dan UMNO dapat kembali bersatu dan berada di landasan sebenar perjuangan,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.