14 APRIL: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah merakamkan ucapan selamat menyambut Tahun Baharu Tamil dan Vishu kepada mereka yang menyambutnya hari ini.
“Vishu sangat riang kepada semua rakan Malayalee kami dan tahun baharu yang diberkati kepada semua rakan Tamil kami.
“Semoga tahun baharu akan datang membawa anda dan orang tersayang kemakmuran, kebahagiaan serta kesihatan yang baik. Kekal selamat semua rakyat Malaysia,” titah baginda berdua menerusi muat naik di status Facebook rasmi Istana Negara.
Masyarakat Tamil di seluruh dunia menyambut Tahun Baharu Tamil (Chittirai Puttandu) pada hari pertama kalendar solar Tamil iaitu pada 14 April bersempena permulaan bulan Chittirai.
Manakala, masyarakat Malayalee meraikan tahun baharu sempena kelahiran bulan ‘Medam’ pada tarikh sama.