14 APRIL: Isteri bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng, Toh Puan Norkiah, meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak (HUS), hari ini.
Dalam satu kenyataan, memaklumkan beliau yang juga pesara kerajaan menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 12.02 tengah hari kerana komplikasi selepas mengalami strok dan pendarahan otak pada 3 April lalu.
Toh Puan Norkiah, 72, mendirikan rumah tangga dengan Tun Salahuddin, 99, pada 1996, dan memelihara empat anak angkat.
Pengurusan jenazah beliau dilakukan di Jabatan Forensik Hospital Umum Sarawak dan dibawa ke kediamannya di Kampung Temenggong, Matang pada jam 3.00 petang.
Jenazah akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Semariang pada jam 5.00 petang.