15 APR: Kementerian Kesihatan (KMM) akan mencadangan kepada kerajaan supaya kegiatan rentas negeri sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri nanti ditanggungkan.
Menterinya, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata langkah berkenaan perlu berikutan wujud kebimbangan dan risiko penularan wabak Covid-19 kembali meningkat jika kerajaan membenarkan rakyat di negara ini merentas sempadan negeri semasa perayaan Aidilfitri nanti.
Dr Adham berkata KKM memandang serius kerana penularan wabak COVID-19 masih berada di tahap membimbangkan dan banyak pihak merayu kerajaan membenarkan rentas negeri untuk perayaan Aidilfitri.
“Justeru, KKM akan memohon kepada supaya kerajaan menangguhkan kegiatan rentas negeri untuk perayaan Aidilfitri ini ditangguh berikutan wujud banyak kebimbangan penularan variasi baharu COVID-19 dalam masyarakat.
“Selain itu, Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) masih lagi berjalan dan kita perlu mengawal keadaan. Jadi KKM sendiri mencadangkan supaya kerajaan menangguhkan aktiviti rentas negeri sempena Hari Raya Aidilfitri nanti,” katanya ketika pada sidang media selepas melancarkan buku berkaitan Covid-19 di Putrajaya hari ini.
Bagaimanapun, Dr Adham berkata KKM tetap akan memastikan aktiviti rentas negeri untuk petugas barisan hadapan tetap dapat diteruskan seperti biasa bagi membolehkan menjalankan tugas.
Dalam pada itu, Dr Adham berkata keputusan muktamad sama ada Malaysia akan menggunakan vaksin AstraZaneca atau tidak bakal diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 pada minggu depan.
Bagaimanapun, Dr Adham mengesahkan bahawa beliau sudah pun menandatangani dua penjanjian persefahaman untuk perolehan vaksin AstraZaneca menerusi dua fasiliti pertama melalui COVAC untuk meliputi tiga peratus populasi rakyat Malaysia dan satu lagi menerusi pembelian terus dari kilangan syarikat terbabit di Thailand untuk meliputi 10 peratus populasi.
“Bekalan berkenaan hanya akan sampai ke Malaysia pada Mei atau Jun jadi kita masih ada masa lagi untuk menilainya dan semua perjanjian berkenaan kita perlu lihat kembali.
“Kecuali dari fasiliti COVAC, kita mempunyai terma dalam perjanjian menerusi pembelian terus dari kilang bagaimana kita boleh dapatkan semula bayaran untuk pembelian vaksin AstraZaneca,” katanya.