20 APRIL : Berikutan pertambahan kes positif COVID-19 sebanyak 700,00 di seluruh dunia dalam tempoh 24 jam lepas, jumlah kumulatif kes positif dunia kini sudah melebihi 141.68 juta.
Amerika Syarikat masih kekal negara paling terjejas dengan lebih 31.7 juta kes, diikuti India dan Brazil dengan masing-masing merekodkan 15.06 juta kes dan 13.94 juta kes menurut data terbaharu Johns Hopkins Universiti.
Perancis merekodkan sebanyak 5 juta kes manakala Rusia, United Kingdom dan Turki merekodkan lebih 4 juta kes Itali, negara Sepanyol dan Jerman pula melebihi tiga juta kes.
Poland, Colombia, Argentina, Mexico dan Iran mencatat lebih 2 juta kes dan Ukraine, Peru, Indonesia, Afrika Selatan serta Belanda pula antara negara yang merekodkan lebih sejuta kes positif.
Manakala Belgium, Filipina, Sweden, Israel dan Portugal pula antara negara yang merekodkan angka lebih 500,000 kes sama seperti kebanyakkan negara lain.
Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia turut mencatatkan peningkatan sejak 24 jam lepas selepas lebih 10,000 kematian baharu direkodkan.
Jumlah kumulatif kes kematian kini melepasi 3.02 juta kes dan sepanjang tempoh 24 jam lalu, sebanyak lebih 10,000 kematian baharu telah direkodkan di seluruh dunia.
Dalam kes kematian, Amerika Syarikat terus kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 567,000 kes, diikuti Brazil dengan lebih 373,000 kes dan Mexico dengan lebih 212,000 kes.
Manakala India, United Kingdom, Itali dan Rusia pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian dan negara yang merekodkan angka korban melebihi 50,000 kes termasuk Perancis, Jerman, Sepanyol, Colombia, Iran, Poland, Argentina, Peru dan Afrika Selatan.
Negara yang mencatatkan kes kematian antara 20,000 hingga 50,000 kes kematian adalah Indonesia, Ukraine, Turki, Romania termasuk Chile, dan kebanyakan negara lain merekodkan angka korban di bawah 20,000 kes.