nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Desakan tamat darurat bersifat politik, mahu tonjol diri

21 APRIL: Desakan pembangkang supaya darurat ditamatkan dan Parlimen dibenarkan bersidang semula, dianggap hanya bersifat politik semata-mata dan demi kepentingan sendiri.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki, berkata tindakan itu juga seperti mahu menunjukkan bahawa pembangkang masih mempunyai peranan, walaupun dalam suasana darurat.

“Jika kita lihat selepas darurat diisytiharkan, pembangkang memang tidak ada isu relevan untuk diketengahkan bagi menarik perhatian rakyat dan menunjukkan keberadaan mereka dalam konteks politik negara kerana ketika ini, tumpuan adalah kepada COVID-19.

“Justeru dengan mendesak darurat ditamatkan dan Parlimen bersidang, itulah satu-satunya cara masih tinggal untuk pihak pembangkang ini menonjolkan diri supaya rakyat melihat mereka masih mempunyai suara dan berada dalam politik negara,” katanya ketika dihubungi PN BBC Portal.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan Barisan Jawatankuasa Penamatan Proklamasi Darurat  ditubuhkan pembangkang yang menyerahkan surat permohonan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan mengusulkan supaya darurat ditamatkan di Istana Negara, semalam.

Mohd Zuhdi menegaskan, sepatutnya dalam situasi darurat akibat COVID-19 kini, semua pihak sama ada pembangkang, kerajaan atau mereka yang tidak berparti, memfokuskan kepada masalah pandemik terbabit dan cara menanganinya, malah seharusnya mengurangkan segala isu lain, terutama politik.

Katanya, jika pembangkang mempunyai sebarang pandangan dan tidak berpuas hati berhubung apa-apa isu, perkara itu boleh disampaikan menerusi banyak saluran sedia ada, malah beliau percaya anggota Kabinet sentiasa bersikap terbuka menerima kehadiran mereka untuk berbuat demikian.

Mengulas lanjut, Mohd Zuhdi berkata, pembangkang juga boleh menyuarakan pandangan dan keraguan pihaknya secara terus melalui wakil parti mereka yang dilantik menganggotai Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021.

“Ada 19 wakil dilantik sebagai anggota jawatankuasa ini, termasuk golongan profesional serta wakil parti politik kerajaan dan pembangkang yang saya lihat seimbang, jadi tidak timbul isu jika mereka menyuarakan apa diingini menerusi wakil mereka ini, kenapa perlu serahkan sendiri,” katanya.

“Corak berpolitik ketika darurat kini sepatutnya menyaksikan pembangkang bersama-sama dengan kerajaan memberikan fokus menangani COVID-19 dan mengetepikan dahulu fahaman politik berbeza,” katanya.

ROSOL

Dalam pada itu, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Rosol Wahid, berkata penyerahan memorandum itu tidak wajar dilakukan dalam keadaan kes COVID-10 masih tidak stabil ketika ini, selain darurat sememangnya diisytihar Agong sendiri pada Januari lalu.

Tegasnya, seolah-olah menjadi ‘tabiat’ pembangkang untuk mengkritik dan menyalahkan apa sahaja diusahakan atau dilaksanakan kerajaan, walaupun perkara itu demi kebaikan serta diterima rakyat.

“Apa perlunya diadakan Parlimen dalam masa sekarang, malah nanti jika sidang berlangsung dan kes semakin meningkat, dia (pembangkang) salahkan kerajaan pula, beginilah kerja pembangkang, maknanya apa dibuat kerajaan semua tak betul.

“Sekarang ini rakyat tidak ada masalah pun, stabil, cuma sekarang ini fokus kerajaan lebih kepada menangani COVID-19 dan isu darurat ini terpulang kepada Agong kerana baginda yang isytihar,” katanya.

Pada masa sama, Rosol menasihatkan pembangkang supaya bersabar menanti tempoh kira-kira tiga bulan lagi untuk penamatan darurat seperti diisytiharkan sebelum ini.

“Apabila tidak ada Parlimen, pembangkang ini merasakan seolah-olah mereka tenggelam serta diketepikan, seperti tak ada orang yang ambil tahu, jadi mereka nak bersidang supaya dapat mempromosikan diri mereka dengan ucapan dan sebagainya.

“Nasihat saya kepada pembangkang bersabar, tak akan lari gunung dikejar,” katanya. – Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.