nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kerajaan sedia lanjutkan tempoh PLKS selama setahun

22 APR: Kerajaan bersedia melanjutkan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) selama setahun bagi pekerja asing sedia ada dalam sektor perladangan berikutan terdapat keperluan mendesak ketika ini.

Bagaimanapun, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata keputusan perlanjutan itu hanya diberi kepada pemegang PLKS yang hampir tamat tempoh bagi tahun ke-13 dengan kadar levi tahun akhir.

Hamzah berkata, keputusan berkenaan penting kerana sektor perladangan dijangka mengalami kerugian besar sehingga mencecah RM10 billion jika majikan menghadapi masalah kekurangan tenaga pekerja jika tempoh PLKS berkenaan tidak disambung.

“Setiap keputusan hari ini dibuat bagi membantu pihak kerajaan memulihkan kembali ekonomi negara dengan segera bagi sektor-sektor kritikal seperti sektor pembinaan, pembuatan, perladangan dan perkhidmatan yang mengalami masalah kekurangan tenaga kerja.

“Kita beri perlanjutan ini kepada sektor perladangan berdasarkan naratif yang berbeza memandangkan sektor ini memainkan peranan penting tergadap ekonomi negara dan kita tidak mahu lagi menampung sejumlah kerugian besar.

“Sektor perladangan difahamkan mengalami kerugian mencecah RM10 bilion kerana ketiadaanpekerja seperti penuai (pengutip buah sawit) dan disebabkan itulah, keperluan bagi kerajaan melanjutkan tempoh PLKS ini,” katanya pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan mengenai pengurusan pekerja asing.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said dan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim.

Mengulas lanjut, Hamzah berkata, pekerja asing sektor perladangan mempunyai tempoh setahun lagi untuk memperbaharui PLKS dari tempoh akhir pas itu tamat.

“Jika pas mereka tamat bulan Mei ini, PLKS mereka dilanjutkan setahun lagi dari tempoh itu. Begitu juga yang hampir tamat ketika ini,” katanya.

Hamzah berkata, langkah itu turut dilakukan memandangkan ramai pekerja asing di sektor perladangan akan tamat tempoh tidak lama lagi dan ia akan memberi kesan besar kepada ekonomi negara sekiranya pekerja-pekerja asing itu pulang ke negara.

Selain lanjutan PLKS dalam sektor perladangan, jawatankuasa hari ini juga memutuskan, empat sub sektor iaitu sektor restoran, sektor kargo dan sektor borong dan runcit serta sektor pembersihan dan pencucian dibuka untuk Program Rekalibrasi Tenaga Kerja kepada majikan.

Selain itu, jawatankuasa juga bersetuju untuk memperluaskan syarat kelayakan penyertaan Program Rekalibrasi Tenaga Kerja Kerja kepada pekerja tanpa izin (PATI) yang tergolong dalam kategori PATI yang mendaftar dalam Program Rehiring tetapi tidak melengkapkan proses permohonan, PATI yang lari tetapi tidak dilaporkan majikan dan PATI yang tiada dokumen perjalanan negara asal yang sah.

Hamzah berkata, kerajaan juga memberikan moratarium sehingga 31 Disember ini kepsda warga asing yang bekerja di atas vesel penangkapan ikan tempatan untuk memperolehi PLKS jangka pendek.

“Agensi Pekerjaan Swasta (APS) yang berlesen di bawah Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981 akan dilibatkan dalam mempercepatkan Program Rekalibrasi PATI,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.