27 APRIL: Sebanyak 11 kluster baharu dikenalpasti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), hari ini membabitkan empat kluster sektor pendidikan, termasuk dua kluster itu di bawah institusi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham, berkata tiga kluster itu pula, adalah masing-masing kluster tempat kerja dan kluster komuniti, selain satu kluster kumpulan berisiko tinggi.
“Empat kluster pendidikan ini, adalah Kluster Jalan Sejati di Gombak dan Sepang, Selangor; Kluster Cangkat Minden di Pulau Pinang; Kluster Jalan Puchong di Sepang dan Petaling, Selangor serta Kluster Persiaran Setia Murni di Petaling, Kuala Selangor dan Klang, Selangor.
“Manakala, kluster tempat kerja membabitkan Kluster Jalan Padang Tembak di Kota Bharu dan Bachok, Kelantan; Kluster Jalan Kempas Muar di Kuar, Johor dan Kluster Teknologi Ayer Keroh di Melaka Tengah, Jasin, dan Alor Gajah, Melaka,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Dr Noor Hisham berkata, tiga kluster Komuniti itu adalah Kluster Sungai Tuah
di Kanowit, Sarawak; Kluster Bandar Baru Sentul di Kepong, Kuala Lumpur dan Kluster Akar Peluru di Kota Setar, Pendang dan Yan, Kedah.
“Kluster kumpulan berisiko tinggi adalah Kluster Jalan Bukit Emas di Seremban, Negeri Sembilan,” katanya.