nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

NGO pendidikan sokong pemansuhan UPSR, batal PT3

28 APRIL: Kesatuan dan persatuan berkaitan pendidikan menyokong penuh pemansuhan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan pembatalkan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3), memandangkan langkah itu disifatkan ‘pembaharuan menarik’ kepada sistem sedia ada, malah tepat pada masa.

Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBGN), Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan, berkata keputusan itu seperti dimaklumkan Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin juga menunjukkan keprihatinan Kementerian Pendidikan (KPM) yang mendengar keluh kesah, kebimbangan dan cadangan pihak berkepentingan ketika sesi libat urus diadakan sebelum ini.

“Apa dikeluhkan penggiat bidang ini antaranya pendidikan di Malaysia selalu menekankan kepada akademik dan peperiksaan semata-mata yang tertumpu pada akhir tahun, manakala penilaian lain kurang diberi pemberatan.

“Memandangkan situasi sekarang yang menyaksikan pembelajaran secara bersemuka agak kurang diadakan serta Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dijalankan hanya dalam tempoh tertentu dengan permasalahan segelintir murid kurang peralatan, barangkali tidak adil untuk melaksanakan peperiksaan ini,” katanya ketika dihubungi PN BBC Portal.

Radzi dalam pengumumannya pada sidang khas hari ini, memaklumkan KPM akan memansuhkan sepenuhnya Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) mulai tahun ini, manakala PT3 bagi 2021 dibatalkan.

Beliau berkata, keputusan itu diambil berdasarkan hasil penelitian, kajian dan libat urus dijalankan secara menyeluruh pihaknya bersama 1,700 pihak berkaitan pendidikan, membabitkan guru besar, guru, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta kesatuan dan persatuan pendidikan.

Susulan keputusan itu, katanya, kaedah pentaksiran murid Tahun Enam dan pelajar Tingkatan Tiga akan dilakukan menerusi Pemerkasaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PPBS), manakala kemasukan mereka ke sekolah berasrama dibuat berdasarkan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK).

Mengulas lanjut, Mohamad Ali berkata, keputusan itu diharap memberikan lebih banyak masa kepada pelajar terbabit untuk menumpukan dan menikmati pendidikan sepenuhnya, sekali gus tidak memberi penekanan serta tertekan untuk menduduki peperiksaan.

“Kaedah pentaksiran menerusi PPBS itu pula dilihat lebih terbuka, meningkatkan daya kreaviti murid dan menggalakkan pemikiran tinggi mereka.

“Bagaimanapun, saya berpendapat KPM perlu memaklumkan dari semasa ke semasa berhubung perkembangan PT3 sama ada pentaksiran ini akan dibuat semula atau sebaliknya, terutama selepas COVID-19 dihapuskan kerana ini persoalan difikirkan pihak berkaitan,” katanya.

Sementara itu, Presiden Gabungan Pelajar-Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Mohd Alif Anas Md Noor, berkata keputusan itu menyaksikan satu pembaharuan dalam sistem pendidikan negara yang sudah terlalu lama bergantung kepada penilaian berorientasikan peperiksaan, terutama membabitkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Kesatuan itu, katanya, menyokong keputusan terbabit kerana sudah tiba masa sistem pendidikan yang mementingkan kemenjadian murid diutamakan.

Pada masa sama, Mohd Alif Anas berkata, keputusan itu juga diyakini memberi kesan baik memandangkan Menteri Pendidikan sudah mengadakan sesi libat urus bersama pihak berkepentingan untuk mencari mekanisme, instrumen dan penilaian sebelum melaksanakannya.

“Bila memansuhkan UPSR dan membatalkan PT3, perlu ada instrumen penilaian yang kompeten atau bagus supaya tidak memberi kesan negatif kepada pembangunan pendidikan pada masa akan datang.

“GPMS juga merasakan KPM pastinya sudah amat bersedia dengan pengumuman Menteri Pendidikan ini,” katanya. – Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.