nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

COVID-19 beri kesan lebih dahsyat kepada ekonomi negara

3 MEI: Kerajaan sedang berusaha keras bagi menyelesaikan permasalahan berkaitan pandemik COVID-19 yang memiliki kesan dan impak jauh lebih dahsyat berbanding krisis mata wang pada 1998 serta krisis ekonomi pada 2008 yang dihadapi negara sebelum ini.

Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, beliau menyakini banyak pihak dapat melihat keazaman, sikap kesegeraan serta keikhlasan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin membantu rakyat dan mengeluarkan negara daripada belenggu COVID-19.

“Isu pentingnya bukan soal ‘mampu atau tidak’ tapi yang lebih penting ialah soal ‘bila semua ini akan selesai? Krisis pada 1998 dan 2008 tidak pernah menghentikan sama sekali enjin ekonomi.

“Krisis 1998 dan 2008 tidak pernah membuatkan sekolah-sekolah kita terpaksa ditutup. COVID-19, kesan dan impaknya jauh lebih dahsyat. Kita sedang berdepan krisis yang berbeza,” katanya kepada media, hari ini. 

Dalam pada itu, Ahmad Faizal yang juga Ahli Parlimen Tambun memberitahu amat  wajar untuk semua pihak memberi sokongan kepada kerajaan dalam mendepani COVID-19. 

Antara lain, kata beliau, menerusi peranan media memberi pandangan supaya kerajaan boleh melakukan sesuatu yang lebih baik.

“Semua dan setiap seorang daripada kita, baik orang politik atau orang media, kita perlu bertindak pantas dan dengan lebih baik. Kalau ada jawatan dalam kerajaan, kita kena gunakan ‘jawatan’ dan kedudukan kita untuk membantu rakyat. Bantu Perdana Menteri.  Bekerja sebagai satu pasukan.

“Itulah juga menjadi harapan rakyat di luar sana. Jadi, jika media menjadi kumpulan yang memberikan tekanan untuk minta barisan Kabinet bekerja dengan lebih keras, berikan khidmat terbaik kepada rakyat, kita wajar ambil sebagai teguran yang membina,” katanya.. 

Terdahulu, lebih 200 pengamal media yang menghadiri majlis itu berpeluang menonton video raya bertajuk ‘Aku Peja’ hasil cetusan idea Ahmad Faizal sendiri, yang lebih dikenali sebagai Peja.

Ia memaparkan kisah semangat kekeluargaan, kasih sayang, kesungguhan dan semangat ketika berhadapan cabaran serta tradisi lama orang dahulu menyambut Aidilfitri, yang juga boleh ditonton menerusi media sosial beliau.

Ahmad Faizal juga berkata penghasilan video itu merupakan usaha sama beliau dengan rakan industri kreatif yang turut berdepan situasi sukar akibat COVID-19.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.