nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Lebih 150,000 pencari kerja dapat kerja baharu – PM

7 MEI: Perdana Menteri hari ini mengumumkan sebanyak 150,597 orang berjaya mendapat pekerjaan hasil kejayaan pelaburan yang dilakukan kerajaan.

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pencapaian itu melebihi jumlah unjuran kumulatif setakat April tahun ini, dengan sasaran kerajaan mewujudkan 500,000 peluang pekerjaan tahun ini.

“Pagi ini, saya mempengerusikan mesyuarat ketiga Majlis Pekerjaan Negara (NEC) yang diadakan secara persidangan video.

“Saya diberi penerangan terperinci berkaitan inisiatif Pengekalan dan Penjanaan Pekerjaan di bawah Pelan Pemulihan Ekonomi.

“Secara keseluruhan, inisiatif penempatan pekerjaan dan pewujudan pekerjaan baharu melalui komitmen pelaburan mengatasi sasaran yang ditetapkan,” katanya menerusi kenyataan yang dimuat naik ke akaun Facebooknya, hari ini.

Muhyiddin berkata, usaha kerajaan meningkatkan pelaburan dalam negara berjaya mewujudkan 33,907 pekerjaan baharu dan 76 peratus daripadanya ialah meliputi kategori mahir dan separuh mahir.

Beliau berkata, ia sebahagian daripada sasaran 160,000 pekerjaan baharu hasil daripada komitmen pelaburan bagi 2021, malah mesyuarat dimaklumkan berhubung isu dan cabaran pekerjaan dalam sektor tidak formal.

“Hasil daripada 6,202 program libat urus yang dijalankan, bilangan orang bekerja sendiri (OBS) termasuk pekerja ‘gig’ yang mendapat perlindungan sosial daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) meningkat daripada 71,000 pada 2019 kepada 81,000 orang pada 2020, dan 142,000 orang tahun ini.

“Grab Malaysia membentangkan strategi memperkasakan ekonomi domestik melalui proses digitalisasi. Empat program perintis yang dicadangkan mampu menyediakan lebih daripada 35,000 peluang menjana pendapatan bagi pekerjaan e-hailing, golongan orang kurang upaya (OKU), peniaga pasar awam serta perusahaan makanan dan minuman (F&B),” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Muhyiddin berkata, mesyuarat turut mengambil maklum kesukaran golongan OKU dan rentan dalam mendapatkan akses peluang penjanaan pendapatan.

Sehubungan itu, katanya, NEC meminta Kementerian Pengangkutan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk mengkaji langkah berkaitan, termasuk peruntukan perundangan bagi memastikan inisiatif dapat dijalankan dengan kadar segera.

“Kita juga dimaklumkan mengenai Program Kerjaya UP yang dilancarkan pada 12 April lalu, khusus untuk golongan miskin dan miskin tegar bandar yang berjaya membantu 489 pemohon mendapat pekerjaan serta-merta.

“Justeru, majlis bersetuju memperluaskan program ini secara lebih agresif dengan sasaran lebih meluas bagi membantu sosio ekonomi golongan ini untuk keluar daripada belenggu kemiskinan.

“Bagi memantapkan komposisi keahlian NEC supaya lebih inklusif, tiga ahli tetap tambahan mewakili sektor kewangan, keusahawanan dan inovasi dilantik,” katanya.

Mereka yang dilantik merangkumi Ahli Lembaga Pengarah Maybank Investment Bank Bhd, Datuk Seri Sharifah Sofianny Syed Hussain; Presiden Persatuan Wanita Bumiputra Dalam Perniagaan Profesion Malaysia (PENIAGAWATI), Datuk Azlin Ahmad Shaharbi, dan pengasas bersama GoGet, Francesca Chia.

Memperincikan perkembangan semasa, Muhyiddin berkata fasa peringkat perancangan dan merangka strategi utama selesai pada suku pertama tahun ini dan tumpuan kini diberikan kepada langkah pelaksanaan.

“Saya mengingatkan kementerian dan agensi kerajaan untuk terus memberikan perhatian serta keutamaan kepada perkara-perkara berkaitan inisiatif pekerjaan.

“NEC ialah inisiatif yang dipacu indeks prestasi utama (KPI), justeru ia perlu dilaksanakan secepat mungkin, tanpa sebarang ruang untuk berlengah.

“Ini kerana antara tumpuan utama kita pada tahun ini ialah menyediakan peluang pekerjaan dan menjana pendapatan kepada rakyat,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.