9 MEI: Seluruh negara dijangka mengalami cuaca mendung dengan kemungkin hujan di negeri pantai barat Semenanjung dan barat Sabah pada Aidilfitri, Khamis ini.
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Jailan Simon, berkata pada sebelah petang pula dijangka hujan di kawasan pedalaman beberapa negeri pantai timur Semenanjung.
Secara keseluruhan, katanya, keadaan cuaca sama dijangka berlanjutan sehingga raya ketiga.
“Malaysia kini berada dalam fasa peralihan monsun yang mengakibatkan hujan dan ribut petir.
“Cuaca di negara ini akan bertambah baik menjelang pertengahan Mei, susulan permulaan fasa Monsun Barat Daya,” katanya kepada media.