17 JUN: Satu kes import baharu COVID-19 disahkan di Vietnam menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini seramai 335 orang.
Menurut laporan BERNAMA seperti memetik agensi berita Vietnam (VNA), Jawatankuasa Pemandu untuk Pencegahan dan Kawalan COVID-19 mengesan seorang lelaki berusia 24 tahun yang pulang dari Kuwait, semalam dan transit di Qatar.
Sejuruh tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Tan Son Nhat di Ho Chi Minh, lelaki itu segera dikuarantin dan didapati positif selepas menjalani ujian saringan serta dirawat di hospital.
Setakat pagi tadi, Vietnam masih mengekalkan tiada jangkitan tempatan untuk 62 hari berturut-turut.
Daripada 335 kes yang direkodkan, 195 membabitkan kes import dan yang dikuarantin semasa ketibaan.
Sementara itu, sebanyak 325 pesakit sembuh dan sifar kematian.
Kira-kira 7,250 kontak rapat pesakit atau berasal dari daerah yang terjejas wabak COVID-19 kini dikuarantin.