Susulan peningkatan kes wabak COVID-19 yang semakin membimbangkan khususnya di Selangor, Kerajaan Negeri dijangka mengadakan satu sidang media khas mengenai perkara itu esok.
Sidang media itu akan dihadiri oleh Exco Tetap Kesihatan Awam, Dr Siti Mariah Mahmud dan Pengerusi Selangor Task Force COVID-19 (STFC), Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Sidang media khas itu dijangka bermula jam 12 tengah hari esok melalui Facebook Live Exco tersebut.
Siti Mariah dan Dzulkefly akan memperincikan secara khusus berkaitan isu-isu COVID-19 dan memberi penerangan terperinci jika Selangor terpaksa melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara penuh.