nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Majikan Beli Vaksin Bukan Langkah Terbaik – MTUC

19 MEI: Tindakan Kerajaan Negeri Selangor menyarankan majikan membeli vaksin COVID-19 untuk pekerjanya bukanlah kaedah terbaik walaupun merupakan satu tindakan yang proaktif. 

Pemangku Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani berkata, ini kerana ianya bergantung kepada kemampuan majikan di mana bagi syarikat besar dan multinasional mungkin berkemampuan untuk membeli vaksin 

“Namun bagi perusahaan kecil dan sederhana (SME) sudah tentu tiada kemampuan tetapi perlu beroperasi demi kelangsungan syarikat serta pekerja.

“MTUC berpendapat kaedah pemberian vaksin secara percuma oleh Kerajaan Persekutuan adalah kaedah terbaik berbanding meminta majikan membelinya untuk diberi kepada pekerja,” katanya kepada media, hari ini. 

MOHD EFFENDY

Dalam pada itu, Mohd Effendy memberitahu walaupun cadangan agar majikan memberi sendiri vaksin satu langkah baik dalam membendung penularan COVID-19, namun bukan semua majikan mampu berbuat demikian.

“Tindakan Kerajaan Selangor ini adalah salah satu pilihan yang ada memandangkan Selangor mencatatkan kes harian yang tinggi setiap hari dan sektor ekonomi banyak berada di Lembah Klang terutamanya di negeri Selangor. 

“Pembelian vaksin oleh majikan ini tidak memberi manfaat secara tuntas terhadap pekerja dalam sektor ekonomi kerana ia bergantung kepada kemampuan majikan, dan MTUC melihat kekangan yang akan dihadapi adalah kos pembelian vaksin tersebut mungkin akan membebankan majikan syarikat bertaraf SME,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata MTUC tidak menolak kemungkinan akan ada majikan mengambil kesempatan dengan mengenakan bayaran kepada pekerja, selepas mereka bersetuju membeli vaksin.

“MTUC sama sekali tidak bersetuju sekiranya ada mana-mana majikan yang membeli vaksin ini mengambil kesempatan dengan mengenakan bayaran pengambilan vaksin ini terhadap pekerja, “katanya. 

Terdahulu, Kerajaan Negeri Selangor menawarkan pembelian vaksin kepada majikan untuk diberi kepada pekerja sebagai usaha mencegah penularan COVID-19.

Exco kesihatan awam, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, syarikat yang berminat boleh mendaftar menerusi aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah).

Get real time updates directly on you device, subscribe now.