19 MEI: Ketua Polis Daerah Brickfields Anuar Omar, menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa polis memberi ‘layanan istimewa’ kepada selebriti kontroversi, Noor Neelofa Mohd Noor dan keluarganya.
Malah, Anuar mengesahkan kertas siasatan terhadap Neelofa dan keluarganya kini sudah siap untuk tindakan selanjutnya.
“Kita telah siapkan siasatan dan telah dirujuk kepada Bukit Aman untuk tindakan selanjutnya
“Kita tidak pernah mempertahanan sesiapa termasuk orang atas atau VIP termasuk selebriti. Jika ada laporan siasatan akan dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Anuar berkata demikian ketika menjelaskan kekeliruan orang ramai selepas beliau membuat kenyataan membabitkan pelanggaran SOP Aidilfiti Neelofa dan keluarga.
Mengulas lanjut, Anuar berkata pihak polis memang memandang serius aktiviti ziarah sepanjang Aidilfitri kerana ia tetap salah dan bertentangan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang ditetapkan pihak kerajaan.
Beliau berkata orang ramai termasuk warganet tidak sepatutnya membuat pentafsiran salah dan memutar belir cerita selepas pihak polis menasihati masyarakat tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan video tular melibatkan selebriti terkenal Neelofa dan keluarganya.
“Tuduhan kononnya pihak polis, cuba mempertahankan kesalahan selebriti itu dan keluarganya juga tidak benar sambil menjelaskan perjalanan dalam kawasan Kuala Lumpur sememangnya tidak memerlukan surat rentas daerah kerana ia dikira dalam satu kawasan.
“Jangan sengaja pusing kenyataan itu, yang saya maksudkan pergerakan dalam Kuala Lumpur sahaja tidak perlu surat rentas daerah, apa yang berlaku kepada Neelofa dan keluarga adalah kesalahan kunjung-mengunjung pada hari raya yang melanggar arahan dan SOP MKN,” katanya.
Sebelum ini media melaporkan Neelofa dikritik hebat oleh warganet gara-gara sekali mengulangi kesalahan melanggar SOP PKP buat kali ketiga dengan berkumpul beramai-ramai bersama ahli keluarga pada 1 Syawal sempena sambutan Aidilfitri.
Malah mereka juga mempersoal kenyataan daripada pihak polis yang menasihatkan orang awam supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan video tular melibatkan keluarga selebriti itu dan hendaklah mematuhi semua peraturan yang ditetapkan kerajaan.
Get real time updates directly on you device, subscribe now.
Next Post