nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PKPD di 23 lokaliti Raub dilanjutkan

20 MEI: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di tujuh lokaliti di Sempalit, Raub, Pahang yang dijadualkan tamat esok, dilanjutkan selama 14 hari.

Tujuh lokaliti itu adalah Kampung Baru Sempalit, Taman Sempalit Aman, Taman Emas Baru, Taman Sempalit Indah, Taman Sempalit Jaya, Taman Sempalit Baru dan Taman Emas.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Ismail Sabri Yaakob, berkata dalam tempoh itu, Kementerian Kesihatan (KKM) menjalankan 826 ujian saringan dan daripada jumlah itu, 22 individu disahkan positif, manakala penularan masih berlaku di lokaliti terbabit serta kes baharu turut direkodkan. 

ISMAIL SABRI

“Selepas membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju melanjutkan PKPD di tujuh lokaliti seperti dinyatakan bermula 22 Mei sehingga 4 Jun 2021,” katanya berhubung perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKPP), hari ini.

Ismail Sabri berkata, pelanjutan PKPD turut dikenakan di 16 lokaliti di Sungai Ruan, Raub selama dua minggu.

Katanya, lokaliti itu adalah Taman Dahlia, Taman Cempaka, Taman Mawar, Taman Melor, Taman KSM Sungai Ruan, Taman Bunga Matahari, Taman Mawar Impian, Taman Orkid, Taman Bunga Raya, Taman Koperasi Mewah, Taman Bunga Tanjung, Rumah Murah Sungai Ruan, Taman Sungai Ruan, Taman Melewar, Taman Bunga Angsana dan Kampung Baru Sungai Ruan.

Bagi tempoh itu, jelasnya, KKM menjalankan 511 ujian saringan dan 153 daripadanya didapati positif.

“Namun, KKM mengesahkan masih terdapat penularan berterusan di kawasan PKPD dengan kadar kebolehjangkitan masih tinggi.

“Selepas membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju untuk melanjutkan PKPD di 16 lokaliti di Sungai Ruan, Raub, Pahang bermula 22 Mei sehingga 4 Jun 2021,” katanya.

Selain itu, Ismail Sabri berkata, PKPD di Sekolah Menengah Ugama (SMU) Pantai Manis, Papar, Sabah yang dijadualkan tamat hari ini juga dilanjutkan selama 14 hari, bermula esok.

“KKM sehingga kini menjalankan 495 ujian saringan dan 61 daripadanya disahkan positif, malah masih berlaku penularan serta terdapat 202 sampel menunggu keputusan.

“Selepas membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju melanjutkan PKPD SMU Pantai Manis, Papar, Sabah bermula 21 Mei sehingga 3 Jun 2021,” katanya. – Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.