23 MEI: Bekas Setiausaha Politik Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, meninggal dunia semalam, selepas dimasukkan ke hospital akibat COVID-19.
Datuk Seri Mohamed Ismail Mohamed Othman, 60 yang juga merupakan bekas ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang dipercayai disahkan positif wabak itu ketika berada di ibu negara dan menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Perkara itu disahkan oleh penyanyi dan pelakon popular terkenal, Marsh Milah Londoh meminta orang ramai mendoakan bapa mentuanya.
“Dukacita dimaklumkan bapa mentua tersayang Datuk Seri Mohamed Ismail Mohamed Othman telah kembali ke rahmahtullah pada hari ini, Sabtu bertarikh 22 Mei 2021 bersamaan 10 Syawal.
“Marilah kita bersama-sama berdoa agar rohnya dirahmati Allah SWT dan ditempatkan di kalangan orang-orang soleh dan beriman,”katanya.
Mohamed Ismail, yang juga merupakan Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang, merupakan tokoh berpengaruh di Bahagian UMNO Jelutong semasa Barisan Nasional (BN) mentadbir Pulau Pinang.
Dikenali sebagai “Ali Gemuk”, Mohamed Ismail adalah pemimpin parti utama di peringkat akar umbi ketika Anwar Ibrahim mengetuai Umno negeri dan merupakan timbalan presiden Umno pada 1990-an.
Terdahulu, Timbalan Pengerusi Tetap UMNO, Datuk Seri Rizuan Abd Hamid meninggal dunia, 20 Mei lalu, selepas dimasukkan ke hospital akibat COVID-19 pada 3 Mei lalu.