nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

SOP COVID-19 sentiasa berubah ikut situasi semasa-PM

23 MEI: Prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara lebih bersifat dinamik dan tidaklah statik di samping keputusan untuk melaksanakan atau tidak sekatan pergerakan atau “lockdown” ditetapkan mengikut situasi pandemik COVID-19.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, SOP akan sentiasa berubah-ubah kerana situasi keadaan COVID-19 itu sendiri yang tidak statik.

“Kita tidaklah statik (mengenai SOP PKP). Dinamik, ikut keadaan situasi yang memerlukan kita membuat adjustment (penyesuaian) untuk menangani situasi yang berbeza-beza. Contoh (sebelum ini) dibenarkan restoran menerima pelanggan masuk makan, kemudian tidak boleh pula.

“Saya minta maaf kalau ada yang agak keliru. Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang menentukan (SOP) itu. Bukan dibuat sendiri. Ia melalui rundingan. SOP tidak dibuat oleh MKN sewenang-wenang. 

“Kalau nak salahkan kerajaan..marah Perdana Menteri kata Perdana Menteri bodoh, tidak mengapa, saya terima namun saya tahu bagaimana susahnya nak uruskan namun COVID-19 merupakan tanggungjawab bersama dan seluruh rakyat perlu berganding bahu, baru kita boleh landaikan lekuk wabak ini di negara kita, “katanya. 

Beliau berkata demikian menerusi program Bicara Khas Cabaran Pandemik COVID-19 Eksklusif Bersama Perdana Menteri yang disiarkan di Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Bernama TV, malam ini. 

Mengulas lanjut, Muhyiddin memaklumkan, beliau memahami rungutan rakyat yang melihat seolah-olah SOP berubah-ubah, namun ia disebabkan situasi keadaan COVID-19 itu sendiri yang berubah.

Perdana Menteri memberitahu, pelaksanaan SOP diputuskan dalam mesyuarat yang turut dihadiri Peguam Negara bersama Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, untuk meneliti SOP berkenaan yang kemudiannya akan diwartakan sebelum dikuatkuasa dan diumumkan supaya semua pihak mengetahuinya.

“Kalau tidak faham juga boleh tanya dan kita sudah minta menteri-menteri untuk beri penjelasan, pegawai-pegawai beri penjelasan. Pemimpin komuniti yang ada program pemerkasaan pun sudah diberi penerangan supaya mereka bantu menjelaskan situasi dan keadaan. 

“Kerajaan negeri juga tidak mempunyai kuasa untuk meminta mengubah SOP kerana kuasa terletak kepada Kerajaan Persekutuan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) Kementerian Kesihatan atau Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446) di bawah Kementerian Sumber Manusia, “katanya. 

Mengenai ketidakpatuhan SOP, Perdana Menteri berkata, setiap tindakan yang diambil mestilah bersandarkan undang-undang, jika yang berlaku adalah sebaliknya, seseorang yang dikenakan tindakan SOP boleh mencabar tindakan itu.

“Kalau ada orang buat kesalahan, kita (kerajaan) hendak ambil tindakan untuk dia dikenakan hukuman. Macam kes-kes sekarang. Selebriti ke, siapa ke. Saya tak nak sebut nama, ia mesti bersandar undang-undang.

“Apa kuasa hendak tangkap atau kenakan kompaun RM10,000? Pasal itu, SOP bersandarkan undang-undang dan diwartakan. Kalau tidak diwartakan, tidak sah. Ini cerita yang tidak ramai orang tahu. Sebab itu kalau kerajaan buat keputusan hendak buat SOP, selagi tidak diwartakan ia belum boleh dikuatkuasakan,” katanya.

Justeru itu, Perdana Menteri meminta rakyat melakukan sekatan pergerakan kendiri atau self-lockdown untuk menyekat peningkatan mendadak COVID-19, yang menyaksikan bilangan jangkitan harian kini mencecah lebih 6,000 kes setiap hari.

Muhyiddin turut mengingatkan orang lain untuk berbuat perkara sama kerana apapun usaha kerajaan tidak akan berkesan jika rakyat tidak patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Ada yang asyik tanya kenapa tak buat total lockdown? Kita kena buat lockdown kendiri, duduk di rumah dan beritahu kepada yang lain agar buat benda yang sama, kerana apa pun usaha yang dibuat tidak akan berkesan jika rakyat tidak patuh kepada SOP ditetapkan.

“Sebaiknya kita bekerjasama, tak payah nak salah-menyalahkan, cari jalan, berdoa semoga kita diberikan perlindungan dan dengan usaha ini insya-Allah, kita akan menang,” katanya. 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.