nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

5,867 pengamal media bakal disuntik vaksin

25 MEI: Lebih 5,800 pengamal media tempatan bakal menerima janji temu untuk mendapat suntikan dos pertama vaksin COVID-19 dalam masa terdekat.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata langkah itu adalah selari dengan usaha kerajaan untuk melindungi golongan barisan hadapan termasuk guru dan pengamal media massa yang sentiasa berisiko untuk mendapat jangkitan COVID-19 ketika bertugas membuat liputan di lapangan.

Berikutan itu, Khairy berkata Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF), bekerjasama dengan jabatan penerangan, Kementerian Komunikasi dan Multimadia serta persatuan wartawan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak telah mengumpulkan 5,867 pengamal dan petugas media daripada 144 agensi media berdaftar.

“Dengan itu CITF membuat keputusan untuk kita memberikan janji temu kepada pengamal media secepat mungkin selepas kita menerima semua butiran mengenai petugas media yang saya sebutkan tadi.

“Ini adalah usaha untuk melindungi mereka berada di barisan hadapan, keputusan sudah dibuat dan kita perlu memberikan keutamaan kepada guru serta pengamal media atau wartawan,” katanya dalam sidang media mingguan CITF bersama Menteri Kesihatan Dr Adham Baba menerusi aplikasi Zoom di Putrajaya, hari ini.

Pada April lalu, Kesatuan Kebangsaan Wartawan Semenanjung Malaysia meminta penjelasan kerajaan dalam isu pemberian suntikan vaksin COVID-19 kepada pengamal media yang menjadi sebahagian daripada petugas barisan hadapan.

Presidennya, Farah Marshita Abdul Patah berkata, NUJM juga kesal dengan laporan bahawa terdapat kakitangan sebuah organisasi media swasta tertentu dipercayai sudah menerima suntikan vaksin COVID-19, Sinovac yang diberikan secara ‘senyap-senyap’.

Beliau berkata, NUJM berpandangan perkara itu secara tidak langsung memperlihatkan wujud ketirisan dalam soal ini, apatah lagi kebanyakan media portal dan media di bawah NUJM masih menunggu lampu hijau daripada pihak kerajaan.

Sementara itu, Khairy berkata golongan ibu mengandung diminta mendapat kosultansi daripada pakar perubatan dan doktor sebelum mendapatkan suntikan vaksinasi masing-masing.

Bagaimanapun, Khairy berkata berdasarkan panduan diberikan, pengesyoran golongan ibu mengandung diberikan vaksinasi adalah dalam tempoh 14 hingga 33 minggu tempoh kehamilan.

“Bagi mengenal pasti golongan berkenaan satu ciri baharu akan diwujudkan di aplikasi MySejahtera pada akhir minggu ini.

“Mereka boleh memeriksa MySejahtera bagi membolehkan janji temu diberikan untuk menerima vaksin Pfizer,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.