nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PERHILITAN nafi tembak 20 ekor Lotong Cengkong

25 MEI: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia menafikan pihaknya menembak 20 ekor Lotong Cengkong seperti tular di media sosial, baru-baru ini, sebaliknya hanya melupuskan tujuh ekor haiwan itu secara penakaian di Port Dickson.

Menerusi kenyataannya, PERHILITAN berkata, kesemua lotong dilupuskan itu adalah kategori dewasa, bukan membabitkan lotong juvenil.

Katanya, gambar lotong mati di atas pokok seperti ditularkan dipercayai diambil sebelum keseluruhan operasi selesai sepenuhnya dan PERHILITAN menguruskan bangkai lotong itu mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

“Terdapat gambar dua unit kelongsong peluru tersebar di media sosial dipercayai dikutip dari kawasan belukar selepas operasi dijalankan, sebelum sempat dikutip  petugas PERHILITAN,” menurut kenyataan itu yang dimuat naik di Facebook, hari ini.

Pada masa sama, PERHILITAN berkata, kumpulan haiwan dilupuskan itu adalah lotong yang bertindak ganas dan sering mengganggu penduduk serta bukannya jinak seperti didakwa.

Baru-baru ini, tular gambar di media sosial mendakwa PERHILITAN menembak 20 ekor lotong di kawasan Kuarters Pendidikan Seri Sentosa, Batu 2 1/2 Jalan Pantai, Port Dickson pada 19 Mei lepas.

Dakwaan itu menyebabkan pelbagai pihak, termasuk orang awam dan badan bukan kerajaan (NGO) tidak berpuas hati dengan tindakan terbabit.

Mengulas lanjut, PERHILITAN berkata, pihaknya sebelum ini menerima lapan aduan berulang berhubung serangan dan gangguan lontong terbabit di kawasan berkenaan sejak awal tahun ini, termasuk tiga kes serangan haiwan liar itu terhadap manusia sehingga menyebabkan kecederaan serius kepada orang awam di sekitar lokasi itu.

Kes kecederaan paling serius akibat serangan lotong itu, katanya, berlaku pada 21 Januari lalu, membabitkan seorang wanita yang cedera parah sehingga koyak kulit di bahagian kepala.

“Susulan itu, PERHILITAN Negeri Sembilan menjalankan operasi menghalau dan menangkap pindah Lotong Cengkong ini, namun tidak berhasil kerana penggunaan perangkap di kawasan yang tidak berkesan.

“PERHILITAN mengambil pertimbangan dari pelbagai sudut, termasuk mengambil kira lokasi gangguan berhampiran dengan penempatan manusia, justeru tindakan pelupusan atau penakaian lotong terbabit adalah kaedah terbaik bagi menangani konflik hidupan liar di kawasan berkenaan,” menurut kenyataan itu.

Jelasnya, PERHILITAN turut menganggarkan kira-kira 140 hingga 160 lotong terdiri daripada empat spesies, berkeliaran di kawasan berkenaan. – Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.