nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pemandu LRT bebas pengaruh dadah

26 MEI: Polis mengesahkan pemandu Transit Aliran Ringan (LRT) terbabit dengan kejadian pelanggaran dua tren LRT Laluan Kelana Jaya berhampiran Kampung Baru dan KLCC, kelmarin, bebas daripada pengaruh dadah selepas keputusannya keluar, semalam.

Berikutan itu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, berkata individu tersebut wajar diberi hak bagi memudahkan siasatan tanpa rumusan awal.

Ka Siong berkata biarpun laporan lanjut nahas melibatkan dua LRT menunjukkan wujud elemen “kecuaian manusia” sebagai salah satu punca nahas, namun banyak faktor lain termasuk teknikal dan operasi perlu dikaji pasukan penyiasat.

“Jawatankuasa Siasatan yang terdiri daripada sembilan orang yang diketuai oleh Ketua Setiausaha MOT, Isham Ishak telah memulakan siasatan dari pelbagai aspek, termasuk berkaitan kecuaian manusia.

“Siasatan akan dilakukan bagi melihat bagaimana dan mengapa halangan keselamatan dilanggar sehingga menyebabkan insiden tersebut berlaku, serta memberi cadangan agar insiden sama tidak berulang demi menjamin keselamatan pengguna.

“Keselamatan sistem pengangkutan LRT sebagai kepentingan awam tidak boleh dikompromi. Oleh itu, aspek keselamatan mesti menjadi perkara utama,” katanya dalam sa ujarnya.

Bagi status mangsa pula, difahamkan setakat ini seramai 67 mangsa dirawat di HKL, dimana 61 orang telah discaj dan enam orang masih dalam rawatan dengan tiga orang di bawah zon kritikal.

“Kami sekali lagi melahirkan rasa simpati terhadap para mangsa dan keluarga mangsa serta mendoakan agar mangsa segera sembuh. MOT akan terus berhubung dengan pihak hospital untuk mendapatkan perkembangan mangsa,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi Mohamad Zainal Abdullah, berkata polis akan mengambil keterangan pemandu tren pandu uji yang terlibat dalam kejadian pertembungan tren LRT Laluan Kelana Jaya, kelmarin dalam masa terdekat.

Polis juga akan membantu pasukan panel penyiasat khas yang ditubuhkan oleh Kementerian Pengangkutan.

“Setakat ini, kami akan membantu pasukan itu untuk menjalankan siasatan selanjutnya.

“Kami akan melihat keperluan untuk memanggil pemandu berusia 32 tahun yang turut luka ringan dalam kemalangan itu bagi membantu siasatan,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.