nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kerajaan perlu perjelas pesawat Israel di ruang udara negara

26 MEI: Kerajaan diminta memberi penjelasan berhubung dakwaan sebuah pesawat milik firma pertahanan Israel, Boeing 737-400 dengan nombor pendaftaran 4X-AOO, dikesan berlegar di ruang udara sebelum mendarat di pangkalan tentera udara Singapura.

Pengerusi Kaukus Jawatankuasa Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara, Datuk Razali Idris berkata, rakyat memerlukan penjelasan segera, terutama  pesawat itu didakwa diguna pakai sebagai platform ujian peralatan radar dan elektronik.

Katanya, pesawat itu turut direka untuk menampung sistem perisikan semboyan rondaan maritim, perisikan imej, sistem amaran awal udara (AEW) dan sistem perlindungan misil pesawat komersial.

“Persoalannya sekarang adakah pesawat itu diberi kebenaran terbang di ruang udara negara.

“Kita memandang serius soal keselamatan dan kesejahteraan rakyat, terutama ancaman Israel menyasarkan Malaysia yang lantang memperjuangkan hak rakyat Palestin dan menentang kezaliman zionisme tentera negara terbabit.

“Apakah ada cubaan provokasi, termasuk keperluan mengancam negara kecil bertegas seperti Malaysia, termasuk suara lantang Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendesak Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bertindak segera bagi memaksa Israel menghentikan kezaliman dan penindasan rakyat Palestin yang tidak berperikemanusiaan,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Semalam, portal ini turut melaporkan sebuah pesawat milik firma Pertahanan Israel, Boeing 737-400 dengan nombor pendaftaran 4X-AOO dikesan berlegar sekurang-kurangnya empat jam di udara, sebelum mendarat di pangkalan udara tentera republik berkenaan.

Menurut jurnal berita Defense Security Asia, pesawat itu dimilki Israel Aerospace Industries-Elta (IAI-Elta), sebuah syarikat kontraktor utama Tel Aviv yang memiliki kepakaran dalam risikan, selain sistem elektronik bagi kegunaan keselamatan.

Sebelum ini, Muhyiddin dilaporkan berkata, Malaysia melahirkan dukacita dan kesal dengan masyarakat antarabangsa, termasuk Majlis Keselamatan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang tidak mampu menghentikan keganasan rejim Israel ke atas Palestin

Katanya, Malaysia akan terus berusaha menyeru komuniti antarabangsa, terutama Majlis Keselamatan PBB bertindak segera, bagi memaksa Israel menghentikan serangan terhadap rakyat Palestin.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.