nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

COVID-19: Kenaikan kes tahap 4 dan 5 membimbangkan

27 MEI: Kementerian Kesihatan (KKM) melahirkan kebimbangan mengenai peningkatan kes pesakit COVID-19 tahap 4 dan 5 dalam kalangan penghidap penyakit terbabit di Malaysia, sejak kebelakangan ini.

Menterinya Datuk Seri Dr Adham Baba berkatab sebanyak 15 peratus pesakit COVID-19 yang direkodkan ketika ini berada pada tahap 4 dan 5, berbanding hanya lima peratus sebelum ini.

Malah, Dr Adham mendedahkan terdapat kes di mana pesakit yang pada mulanya tidak bergejala dan dibenarkan menjalani kuarantin kendiri di rumah tetapi berada di tahap 4 dan 5 selepas itu.

DR ADHAM

“Pesakit tahap 4  mengalami radang paru-paru dan memerlukan bantuan oksigen manakala sekiranya berada pada tahap 5, pesakit perlu diventilasi.

“Bagi mereka yang berada (kuarantin) di rumah, pada mulanya tidak bergejala tetapi terus berada di tahap 4 dan 5 supaya segera terus ke hospital,” katanya pada sidang media hari ini.

Untuk rekod pesakit tahap 5 adalah tahap jangkitan yang kritikal di mana kebanyakan organ lain dalam tubuh sudah mula terjejas akibat jangkitan COVID-19.

Mengulas lanjut, Adham berkata, gelombang ketiga penularan COVID-19 ini menyerang golongan muda dengan majoriti mereka berumur antara 20 tahun hingga 40 tahun.

“Berbanding gelombang sebelum ini yang menyerang warga emas, trend peningkatan jangkitan ketika ini adalah mereka yang muda di bawah 40 tahun,” katanya.

Ketika ditanya adakah kerajaan bercadang mengenakan penalti terhadap mereka yang gagal hadir mendapatkan suntikan vaksin di pusat pemberian vaksin (PPV), Adham berkata KKM akan berbincang bersama Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) terlebih dahulu.

“Mengenai penaltI itu, kita akan bincang dalam JKJAV kerana makluman perlu diteruskan kepada masyarakat bahawa vaksin ini diberi percuma,” katanya.

Jabatan Kesihatan Kelantan baru-baru ini dilaporkan berkata hampir 10,000 penduduk di negeri itu gagal hadir menerima vaksin COVID-19 atas alasan masalah kesihatan dan ingin menunda tarikh lain.

Dan terbaru, lebih 3,000 orang tidak hadir di Perlis untuk menerima suntikan vaksin berkenaan.

Sementara itu, mengulas mengenai jangkitan COVID-19 dalam kalangan petugas kesihatan yang sudah menerima vaksin, beliau berkata seramai 215 orang dijangkiti selepas menerima satu dos manakala seramai 97 orang yang sudah melengkapkan dua dos.

“Negeri paling ramai mencatatkan jangkitan adalah dari Selangor, Kelantan dan Kedah. Bagaimanapun, petugas yang dilaporkan dijangkiti tidak bergejala teruk berbanding mereka yang belum divaksin,” katanya.

Setakat semalam, negara merekodkan  7,478 kes jangkitan COVID-19 dengan 66,208 daripadanya adalah kes aktif.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.