29 MEI: Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman ambil alih siasatan kes penahanan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali ketika melalui sekatan Jalan Raya (SJR) di Perasing, Kemaman, Terengganu, baru-baru ini.
Perkara itu disahkan sendiri oleh Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik dan sebarang perkembangan kes harus dirujuk pada USJT memandangkan unit itu sudah mengambil alih siasatan.
Roslee juga mengesahkan kenderaan yang dinaiki Ahli Parlimen Kuala Nerus berkenaan ditahan polis ketika melalui SJR Perasing di Kemaman pada 16 Mei lalu.
Terdahulu, tular di media sosial mendakwa Khairuddin ditahan polis ketika melalui SJR berkenaan bersama seorang wanita iaitu, Mawar Karim iaitu bekas isteri pelakon Fizo Omar.