1 JUN: Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) digesa menjelaskan mengenai status surat kebenaran operasi kilang arak yang kini tersebar di media sosial.
Ketua Penerangan PAS, Kamaruzaman Mohamad berkata jika surat berkenaan benar, maka MITI digesa menarik kembali kelulusan tersebut kerana arak bukan tersenarai dalam kategori ‘essential services’.
“Arak tidak mendatangkan sebarang kebaikan bahkan lebih memudaratkan kepada setiap golongan.
“Arak menjadi punca kepada keruntuhan moral, keganasan rumah tangga dan pelbagai tragedi kemalangan maut telah direkodkan akibat bahana arak.
“Seharusnya keutamaan diberikan kepada agenda keselamatan nyawa rakyat di samping mengelakkan daripada kemurkaan Allah SWT,” katanya dalam muat naik di Facebook PAS Pusat hari ini.
Terdahulu, ramai warganet meluahkan rada tidak puas hati dan marah selepas tersebar satu salinan surat kononnya MITI memberi kebenaran kepada kilang arak untuk beroperasi sepanjang tempoh PKP penuh berkuat kuasa mulai hari ini hingga 14 Jun ini.