nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

KPT umum pelantikan Naib Canselor UA dalam masa terdekat

8 JUN: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan mengumumkan pelantikan Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam masa terdekat.

Menurut kenyataan Jabatan Pengajian Tinggi (JPT), Naib Canselor bagi tiga universiti awam (UA), iaitu Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) masih dalam proses temubual calon yang dikendalikan Jawatankuasa Tetap Pemilihan Naib Canselor Universiti Awam.

“Pihak KPT mengambil serius berhubung keperluan mengisi kekosongan Naib Canselor di lima UA berkenaan dan ingin memaklumkan bahawa proses saringan serta pemilihan calon bagi jawatan itu dilaksanakan mengikut peruntukan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Akta 30), selain tatacara pelantikan berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) sedia ada.

“Proses pelantikan Naib Canselor UA dijalankan secara terperinci dan pencarian calonnya sudah dibuat secara terbuka melalui kaedah pengiklanan dikendalikan pihak universiti, bagi memastikan calon- calon yang berpotensi mempunyai peluang untuk membuat permohonan berdasarkan kriteria ditetapkan pihak kementerian serta universiti.

“Senarai calon panjang ini akan disaring terlebih dahulu Jawatankuasa Saringan di peringkat universiti, mengambil kira pelan penggantian dalaman (succession planning) universiti dan sumber-sumber pencalonan lain, sebelum dikemukakan kepada KPT untuk proses temu bual,” menurut kenyataan itu, hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan JPT bagi mengulas isu berhubung permintaan dan gesaan beberapa pihak, termasuk Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Abdul Rahman Mohd Nordin, semalam yang meminta KPT membuat lantikan baharu untuk jawatan Naib Canselor di lima UA berkenaan.

Gesaan berhubung isu terbabit turut dibuat Kesatuan Kakitangan Am, Universiti Putra Malaysia (KEPERTAMA), hari ini bagi memastikan kepentingan dan dasar institusi pendidikan itu diperkasakan mengikut perancangan disasarkan.

Pada masa sama, kenyataan itu berkata, KPT bukan sahaja mewujudkan kelompok bakat kepimpinan dan laporan profiling calon Naib Canselor melalui penglibatan Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) sejak tahun 2015 bagi mengenal pasti dan mengembangkan bakat kepimpinan institusi dalam kalangan ahli akademik, terutama di UA, malah menubuhkan Jawatankuasa Tetap Pemilihan Naib Canselor Universiti Awam untuk membantu kementerian itu mengenal pasti calon dengan kompetensi terbaik.

Keanggotaan jawatankuasa itu, katanya, terdiri daripada tokoh tempatan dengan latar belakang tadbir urus korporat dan akademik. 

Secara umum, jelasnya, Naib Canselor yang bakal dilantik seharusnya mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang mampu menerajui dan memacu universiti agar selari dengan bidang tujahan institusi pendidikan itu, berkeupayaan dalam melaksanakan agenda transformasi, mempunyai pencapaian akademik disegani dan memiliki tahap integriti tinggi.

“Kementerian ini sentiasa menjunjung tinggi prinsip keterbukaan dan ketelusan dalam urusan pelantikan bagi jawatan Naib Canselor UA.

“Dalam hal ini, KPT ingin mengucapkan penghargaan kepada CUEPACS dan pihak berkepentingan lain yang mengambil berat berhubung situasi terbabit, malah kementerian akan mengambil langkah perlu dalam memastikan proses pelantikan Naib Canselor berjalan lancar,” katanya. – Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.