nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pencapaian SPM 2020 Terbaik Dalam Tempoh Lima Tahun

10 JUN: Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 mencatatkan pencapaian yang lebih baik dengan Gred Purata Nasional (GPN) 4.80 berbanding 4.86 pada tahun 2019.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, berkata pencapaian GPN 4.80 itu adalah yang terbaik dalam tempoh lima tahun.

“Ingin saya ingatkan nilai GPN yang lebih kecil menunjukkan pencapaian calon yang lebih baik. Jika kita lihat GPN tahun ini adalah 4.80 berbanding 4.86 pada tahun 2019. Data ini menunjukkan bahawa pencapaian calon adalah lebih tinggi pada 2020 berbanding 2019.

“Analisis ini berdasarkan kepada calon yang mendaftar untuk kali pertama, untuk sekurang-kurangnya enam mata pelajaran dan menduduki sekurang-kurangnya satu mata pelajaran,” katanya pada sidang media khas SPM 2020 secara maya, pagi ini.

Pencapaian pada 2019 adalah 4.86 manakala 4.89 pada 2018, 4.90 (2017) dan 5.05 (2016).

Seramai 401,105 calon mendaftar dengan seramai 381,894 calon menduduki SPM 2020 yang berlangsung dalam dua sesi pada 22 Februari hingga 25 Mac lalu serta 6 hingga 23 April untuk 83 mata pelajaran di 3,310 pusat peperiksaan.

Dalam pada itu, Radzi memaklumkan Calon Layak Sijil SPM juga menunjukkan peningkatan sebanyak 1.96 peratus iaitu 88.68 peratus bagi SPM 2020 berbanding 86.72 peratus untuk SPM 2019.

Menurut beliau, bagi Calon Berkeperluan Khas (CBK) Layak Sijil SPM, terdapat 6.88 peratus peningkatan iaitu 68.22 peratus bagi SPM 2020 berbanding 61.34 peratus untuk SPM 2019.

Dari segi jurang pencapaian mengikut lokasi berkata, jurang pencapaian antara calon bandar dan luar bandar mengecil kepada 0.38 pada 2020 berbanding 0.44 pada 2019.

“Keputusan peperiksaan boleh diperoleh mulai jam 10 pagi ini melalui laman sesawang myresult1.moe.gov.my dan myresult2.moe.gov.my. Slip peperiksaan serta jata negara dan kod QR pula boleh diakses mulai Isnin ini melalui myresult3.moe.gov.my,” katanya. 

Sementara itu, Radzi memaklumkan calon SPM 2020 yang tidak mempunyai akses internet untuk mengetahui keputusan peperiksaan mereka akan dihubungi oleh pihak sekolah secepat mungkin.

” Pihak sekolah juga akan berbincang dengan calon mengenai kaedah terbaik untuk mereka mendapatkan sijil SPM berkenaan.

“Sementara itu, bagi pelajar lain yang ingin mendapatkan sijil fizikal yang akan diedarkan secara berperingkat bermula 10 Julai ini, ia bergantung kepada situasi semasa dan akan dimaklumkan pihak sekolah masing-masing,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.