nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Abai SOP punca tren LRT berlanggar

10 JUN: Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, mendedahkan pengabaian prosedur operasi standard (SOP) kritikal pengendali tren T40 dan pusat kawalan operasi (OCC) merupakan punca sebenar pelanggaran dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya baru-baru ini.

Ka Siong berkata pengabaian itu telah menyebabkan tren T40 secara tidak sengaja bergerak ke arah utara sebelum bertembung dengan tren T81.

“Antara faktor lain adalah masalah teknikal, kegagalan komunikasi antara OCC dengan Hostler Tren 40 tanpa penumpang yang pada ketika itu sedang berada dalam pengendalian ‘time out’ dan pelepasan Tren 81 sehingga berlakunya perlanggaran.

KA SIONG

“Tren 40 mengalami masalah teknikal pada salah satu daripada dua sistem Komunikasi On-Board Vehicle (VOBC) pada jam 6.26 petang, 24 Mei 2021.

“Apabila satu VOBC gagal berfungsi dan hilang komunikasi dengan OCC maka tren perlu dikosongkan di stesen berikutnya serta dikeluarkan dari perkhidmatan untuk penyelenggaraan di depoh Lembah Subang,” katanya dalam sidang media khas di Putrajaya sebentar tadi.

Bagaimanapun, Ka Siong berkata Tren 81 dilepaskan untuk melakukan perjalanan meninggalkan stesen KLCC menuju ke stesen Kampung Baru tanpa mendapat pengesahan tepat yang mengatakan Tren 40 telah diset semula kepada ATO.

“Tren 81 sedang ditahan di stesen KLCC dan meletakkan keadaan status Manual Route Reservation (MRR) iaitu perlindungan kepada Tren 40 sebelum dapat dikendalikan secara ATO.

“Keadaan ini seterusnya mengakibatkan berlaku pertembungan antara Tren 40 dan Tren 81. Manakala Tren 40 ketika kejadian masih boleh beroperasi menerusi kawalan automatik (Automatic Train Operation – ATO) dengan VOBC kedua yang masih berfungsi.

“Tetapi, pada jam 8.13 malam, VOBC kedua Tren 40 ini juga gagal berfungsi ketika dalam perjalanan ke Lembah Subang dan terkandas di antara stesen LRT KLCC dan Kampung Baru,” katanya.

Dalam pada itu, Ka Siong menegaskan bahawa objektif siasatan ini adalah bagi menentukan hal keadaan dan punca sebenar perlanggaran dengan tujuan mengelakkan insiden yang sama.

“Objektif siasatan ini tidak bertujuan untuk membuktikan kesalahan atau liabiliti terhadap mana-mana pihak,” tegasnya.

Sementara itu, Ka Siong juga mengesahkan bahawa kabinet menerima 23 cadangan yang dikemukakan jawatankuasa siasatan berhubung insiden pelanggaran dua tren LRT terbabit.

Berikutan itu, Ka Siong mengarahkan pengurusan tertinggi Prasrana untuk mengkaji semua cadangan berkenaan dan mengambil tindakan penambahbaikan secepat mungkin.

“Kerajaan memandang serius insiden ini dan mengarahkan Kementerian Pengangkutan untuk mengkaji dan menambah baik garis panduan dan penyelenggaraan di Prasarana dan Rapid Rail,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.