11 JUN: Kejayaan menarik pelaburan bernilai RM8.5 bilion membuktikan keyakinan terhadap usaha pemulihan ekonomi sedang dilaksanakan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Pengerusi Biro Ekonomi Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Ahmad Sobree Abas berkata, pihaknya menyambut baik usaha dan kepercayaan Syarikat Austria Technologie & Systemtechnic yang merupakan pengeluar utama dunia bagi produk ‘high-end printed circuit boards’ (PCB) dan’ integrated circuit (IC) substrates’.
“Dengan pelaburan bernilai RM8.5 bilion, ia bukan sesuatu yang biasa kerana ketika dunia menghadapi wabak Covid-19, Syarikat AT&S begitu yakin untuk melabur di Malaysia.
“Sebagai sebuah syarikat gergasi dunia, kami yakin syarikat AT&S telah mengkaji keadaan ekonomi dunia khususnya Malaysia sebelum mereka melabur dengan jumlah yang sangat besar.
“Ini menunjukan sesuatu yang baik apabila mereka memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan mereka,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Ahmad Sobree berkata ayarikat AT&S berminat untuk melabur ke Malaysia melalui skim PENJANA yang ditawarkan oleh kerajaan pada tahun ini yang dijangka bakal menyediakan 5,000 peluang pekerjaan.
“Kerjaya di dalam dunia ‘semiconductor’ ini merupakan kerjaya yang dilihat sebagai ‘unsung hero’ di mana tanpa mereka sudah tentu teknologi yang dicipta tidak dapat dilaksanakan dan diguna pakai.
“Kita semua sedia maklum, PCB dan IC ini merupakan komponen penting dalam dunia elektronik, ia ibarat sebuah ‘otak besi’ yang dicipta untuk menggerakkan semua sistem di dalam sesuatu tetapan,” katanya l.
Beliau berkata pelaburan berkenaan tepat pada masanya memandangkan industri pengeluaran IC dan PCB ini sedang berkurangan dan tidak mencukupi di pasaran antarabangsa.
“Ini menunjukan Perdana Menteri dan Menteri Kanan MITI amat peka dan berpandangan luas mengenai isu-isu pelaburan semasa.
“Terima kasih Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri di atas usaha berterusan untuk memastikan ekonomi Malaysia sentiasa berkembang di masa akan datang,” katanya.
Katanya, ARMADA juga yakin akan ada lebih ramai lagi pelabur yang mahu menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan mereka kelak.