nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

KPM tambah baik kelompongan SPM 2021

13 JUN: Kementerian Pendidikan (KPM) akan menambah baik sebarang kelompongan yang dikenal pasti dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 bagi memastikan kelancaran peperiksaan itu tahun ini.

Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr Radzi Jidin, berkata pelbagai perkara dipelajari KPM ketika pelaksanaan SPM 2020 dalam suasana norma baharu, termasuk dari segi prosedur operasi standard (SOP).

“Kita akan meneliti satu persatu untuk memastikan proses terbabit terus ditambah baik kerana ini adalah proses penambahbaikan berterusan.

“Jadi kita akan melihat apa jurang yang ada dan boleh kita rapatkan untuk ditambah baik dalam SPM 2021,” katanya pada program Soal Rakyat Khas bertajuk ‘Cabaran SPM Dalam Era Pandemik’ yang disiarkan secara langsung.

Radzi berkata, SPM 2020 menjadi penanda aras apabila banyak pembaharuan dijalankan seiring situasi pandemik COVID-19 yang melanda negara.

SPM
KPM akan menambah baik sebarang kekurangan dalam SPM tahun ini.

Katanya, antara pembaharuan itu adalah buat kali pertama dalam sejarah, sebanyak 83 kertas peperiksaan, kecuali subjek Seni Visual diperiksa secara dalam talian.

Beliau perkara, KPM melaksanakan semua itu bagi mengehadkan pergerakan dan kaedahnya melalui pemarkahan secara dalam talian keseluruhannya.

“Bayangkan lebih lima juta skrip (kertas jawapan peperiksaan) perlu diimbas satu persatu dan ini juga memudahkan kerana kita tidak lagi perlu mencari kertas terbabit di bilik kebal atau sebagainya, hanya perlu cari secara dalam talian,” katanya.

Selain itu, Radzi berkata, tempoh pengeluaran keputusan SPM turut dipendekkan daripada 90 hari selepas tarikh akhir peperiksaan kepada 76 hari.

“Calon juga tidak lagi perlu mengambil keputusan di sekolah, sebaliknya dibuat secara dalam talian.

“Slip keputusan juga dimuat turun secara dalam talian, manakala sijil SPM boleh diperoleh dalam tempoh sebulan berbanding lima hingga enam bulan sebelum ini,” katanya.

Sementara itu, Radzi berkata, tuduhan kononnya Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) menurunkan skala Gred Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 adalah perbuatan tidak bertanggungjawab dan mengguris hati pelajar serta guru.

Tuduhan itu, katanya, tidak benar sama sekali kerana semua pihak terbabit dalam SPM 2020, terutama pelajar dan guru berusaha melakukan yang terbaik bagi mencapai keputusan cemerlang.

Mengulas lanjut, Radzi berkata apabila masuk ke KPM, perkara pertama diingatkan kepada pegawainya adalah beliau berada di kementerian terbabit bukan untuk menjadi popular, sebaliknya bagi melaksanakan perkara baik dan betul demi meningkatkan sistem pendidikan negara supaya dapat bersaing di peringkat dunia.

“Tuduhan ini tidak benar, tidak pernah saya sebut langsung berkaitan keputusan peperiksaan SPM 2020, apatah lagi meminta keputusan SPM 2020 jadi lebih baik berbanding tahun sebelum ini,” katanya.

Pada masa sama, Radzi berkata pihak yang mempertikaikan keputusan SPM 2020 tidak melihat dalam konteks lebih luas.

Kohort SPM 2020, katanya, melalui tempoh pelajar bersekolah ketika di tingkatan empat, malah mereka memasuki tingkatan lima apabila sekolah dibuka pada awal Januari 2020 sehingga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada Mac tahun lalu.

Selepas itu, jelasnya, mereka kembali ke sekolah secara berperingkat pada 24 Jun sehingga November tahun lalu dan kemudian pada awal Januari tahun ini.

“Jika ditambah semua ini, kohort SPM 2020 menghadiri sekolah selama 155 hari walaupun secara purata mengikut takwim KPM, mereka tertinggal selama 35 hari,” katanya.

Kadar kehadiran pelajar peperiksaan di seluruh negara juga, katanya adalah 90 sehingga 95 peratus.

“Tempoh ini digunakan sebaiknya guru untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP),” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.