nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Azmin yakin Pelan Pemulihan Negara Dapat Tangani COVID-19

16 JUN: Menteri Kanan Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yakin Pelan Pemulihan Ekonomi yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam dapat menangani kes penularan COVID-19 di negara ini. 

Azmin percaya pelan yang mempunyai empat fasa yang bersandarkan tiga indikator ambang utama itu akan dapat memulihkan ekonomi negara.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Gombak menegaskan usaha kerajaan dalam melaksanakan Pelan Pemulihan Ekonomi lebih berkesan dan menjadikan keadaan semakin terkawal.

“Kita telah ada Pelan Pemulihan Ekonomi yang dibentangkan Perdana Menteri semalam dan saya lihat sambutan cukup baik dalam kalangan rakyat kerana melihat kita ada strategi yang cukup tetib dan teratur unuk beberapa fasa yang akan datang. 

“Saya percaya dengan usaha ini bukan sahaja kita dapat tangani masalah COVID-19 dengan lebih efektif tetapi ianya dapat kembali kepada keadaan yang lebih terkawal dan selamat dalam negara,” katanya kepada media selepas menemani Perdana Menteri di Program Imunisasi Industri Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) COVID-19 di Ampang, Selangor, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan media mengenai kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menegaskan kerajaan gagal mengawal COVID-19 di Malaysia.

Terdahulu, dalam sesi webinar bertajuk Memimpin Negara Pasca COVID-19 dan Melonjak Semula Ekonomi Negara kelmarin, Presiden PKR itu berkata, ia disebabkan banyak kenyataan yang bercanggah setiap hari yang dibuat oleh ‘panglima besar’ kerajaan.

Anwar mendakwa kerajaan tidak boleh lagi meneruskan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh dan kerajaan harus mencari jalan bagi memastikan rakyat dapat dibela dengan memberikan suntikan kewangan.

Sementara itu, Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menerusi kenyataan memaklumkan Pelan Pemulihan Negara adalah strategi realistik dalam merangka pelan keluar efektif daripada kesan pandemik COVID-19.

Beliau berkata, pelan tersebut bersandarkan data asas iaitu semakin menurun kes positif COVID-19, semakin pantas negara akan pulih daripada sudut kesihatan dan ekonomi.

“Dengan adanya Pelan Pemulihan Negara ini, hala tuju negara sudah jelas dan kita bersedia sebaik sahaja imuniti kelompok terbentuk kelak.

“Dengan bekalan vaksin yang berlipat ganda dalam beberapa bulan akan datang, Malaysia semestinya boleh mencapai 60 peratus imuniti kelompok pada akhir Oktober ini,” katanya. 

Dalam pada itu, Ahmad Faizal menyambut baik kenyataan Perdana Menteri untuk membuka semula Parlimen pada fasa tiga Pelan Pemulihan Negara yang jelas selari dengan pelaksanaan Ordinan Darurat ketika ini yang bakal berakhir pada Ogos ini.

“Hakikatnya, Malaysia adalah sebuah negara demokrasi berparlimen dan komitmen Perdana Menteri untuk membuka semula Parlimen dalam fasa tiga, selepas 60 peratus imunniti kelompok dicapai adalah selaras dengan pentingnya wabak ini dikawal terlebih dahulu.

“Garis masa yang konsisten ini menepis agenda politik pihak yang menuntut Parlimen untuk bersidang semula dengan segera,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.