nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pemain Sektor Ekonomi, Bank Sokong Pelan Pemulihan Negara

16 JUN: Para pemain sektor ekonomi dan kewangan negara menyokong penuh Pelan Pemulihan Negara yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.

Ketua Eksekutif Bank Simpanan Nasional (BSN), Jay Khairil Jeremy berkata empat fasa terkandung dalam Pelan Pemulihan Negara diyakini dapat melindungi kehidupan rakyat serta memulihkan ekonomi negara secara progresif.

“BSN percaya kerajaan sudah merangka pelan pemulihan itu sebaik mungkin. Strategi pelan pemulihan negara melalui melalui empat fasa mampu melindungi kehidupan rakyat serta memulihkan ekonomi negara secara progresif,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, SME Bank, sebuah agensi yang diselia di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata, Pelan Pemulihan Negara itu memberi gambaran yang jelas bagaimana negara akan bergerak keluar daripada kemelut pandemik COVID-19 dan usaha membangunkan semula ekonomi akan dilakukan.

Presiden Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank, Aria Putera Ismail memaklumkan bank itu akan menggunakan butiran yang diberikan oleh kerajaan untuk memantapkan lagi perancangan yang sedia ada. 

“Ini dilakukan untuk membantu usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang telah lama terjejas kerana pandemik COVID-19.

“Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama sehingga sekarang, SME Bank telah menawarkan pelbagai bentuk bantuan kepada semua pelanggannya,” katanya.

Bagi Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Telekom Malaysia Bhd (TM), Imri Mokhtar menyifatkan Pelan Pemulihan Negara merupakan tindak balas yang diperlukan terhadap kesan ekonomi dan sosial yang serius daripada wabak koronavirus ini.

”Kami berharap melalui pelaksanaan pelan ini secara efektif, negara dapat membendung pandemik COVID-19 ini ke tahap normal yang wajar menjelang akhir tahun, merancakkan kembali ekonomi dan menempatkan negara pada landasan pertumbuhan baharu. 

“Sebagai penyedia perkhidmatan penting, TM akan terus memastikan rakyat Malaysia kekal terhubung dengan selamat di kediaman masing-masing dan semua perkhidmatan sokongan pelanggan tetap beroperasi sepanjang setiap fasa pelan pemulihan ini,” katanya. 

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp Datuk Mohd Zarif Hashim berkata, Perdana Menteri telah menggariskan parameter yang jelas dalam Pelan agar Malaysia dapat kembali normal setelah menghadapi cabaran akibat Pandemik COVID-19.

Mohd Zarif menambah bahawa kepemimpinan kolektif harus ada di dalam komuniti perniagaan untuk memulihkan ekonomi dan membantu negara mencapai imuniti kelompok mengikut garis masa yang diberikan oleh Perdana Menteri.

“Sebagai pemimpin, kita sekarang harus merumuskan strategi bagi organisasi dan bidang perniagaan masing-masing untuk memenuhi syarat-syarat plan bagi menggerakkan ekonomi dalam lima bulan yang akan datang. 

“Sebagai sebuah syarikat yang membangunkan infrastruktur rel utama di negara ini, MRT Corp tetap komited dalam membantu Kerajaan mengawal penularan kes-Covid-19 ke tahap yang rendah.

“Kami kini mendorong semua pihak berkepentingan di dalam ekosistem kami untuk turut serta dalam program vaksinasi,” katanya

Get real time updates directly on you device, subscribe now.