nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Usaha KPM Dapat Selesaikan Masalah Kekurangan Guru

20 JUN: Pakar Pendidik dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr Anuar Ahmad menyambut baik usaha Kementerian Pendidikan (KPM) bagi menyelesaikan isu kekurangan guru di seluruh Malaysia. 

Anuar berkata, pengumuman yang dilakukan oleh Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin itu akan mampu memberi penyelesaian kekurangan guru khususnya di Sabah, Sarawak dan Selangor.

“Sebenarnya isu kekurangan guru khususnya di Sarawak dan Sabah telah lama berlaku dan tidak tindakan konstruktif sebelum ini dilakukan yang secara bersungguh-sungguh. 

“Tahniah KPM khususnya Menteri Kanan Pendidikan  dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) atas usaha ini,” katanya menerusi kenyataan, hari ini. 

KPM hari ini mengumumkan akan membuat pengambilan khas guru secara ‘one-off’ bagi mengisi 18,702 kekosongan guru atau  Pegawai Perkhidmatan Pendidikan gred DG41  yang dihadapi di seluruh negara terutama di Sabah, Sarawak, Johor dan Selangor.

Berikutan itu, Radzi berkata, KPM akan menyiarkan iklan pengambilan guru berkenaan pada 7 Julai ini manakala penempatan secara berperingkat-peringkat bermula pada Oktober nanti.

Beliau berkata, ketika KPM berdepan cabaran kekurangan calon guru dari Institut Pendidikan Guru (IPG) selain ketidaksepadanan opsyen mata pelajaran.

Dalam pada itu, Anuar memberitahu kesediaan KPM dan SPP menerima graduan bukan pendidikan untuk mengisi jawatan DG41 akan menjejaskan kualiti pendidikan di negara ini.

Beliau yang juga Pensyarah Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti, Fakulti Pendidikan, UKM berkata niat dan usaha KPM walaupun baik untuk menyelesaikan masalah kekurangan guru, malangnya strategi yang digunakan tidak sesuai. 

“Inisiatif itu dikhuatiri akan menimbulkan lebih banyak masalah kepada struktur dan kualiti keguruan . Pertama, kualiti pendidikan akan terjejas bila graduan bukan ijazah pendidikan mula mengajar tanpa kemahiran pedagogi.

“Keduanya, lambakan graduan pendidikan yang lebih serius di masa hadapan. Ini akan memberi kesan kepada kewujudan Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Fakulti Pendidikan di Universiti Awam di seluruh Malaysia,” katanya.

Beliau menambah, langkah yang dilaksanakan KPM ini tidak bertepatan dan mencadangkan agar Kementerian mewujudkan sistem ‘dashboard’ data berkaitan sistem pendidikan negara termasuk kekosongan guru terkini setiap daerah.

“Apabila pengisian jawatan baru berlaku secara one-off kepada graduan bukan pendidikan, keperluan guru untuk masa terdekat akan lebih mengecil kerana perjawatan telah diisi penuh. 

“Saya bimbang tentang nasib graduan pendidikan setelah mereka tamat pengajian kelak kerqana mereka telah dilatih secara spesifik untuk keguruan dan tiada kemahiran dalam bidang lain,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.