22 JUN: Kadar kes baharu positif COVID-19 kembali meningkat apabila 4,743 kes lagi direkodkan Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini berbanding 4,611 kes dikesan di seluruh negara semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pertambahan itu menyaksi jumlah kumulatif kes COVID-19 di Malaysia sekarang menjadi 705,762 kes dengan Selangor terus menjadi penyumbang terbesar iaitu 1,566 kes penularan dan diikuti Kuala Lumpur (635 kes).
“Perlis kekal merekodkan satu digit iaitu dua kes penularan Covid-19 dan disusuli dengan Putrajaya iaitu tujuh kes.
“Manakala, baki negeri lain merekodkan kes di bawah 200 ialah Kedah (142 kes), Sabah (193 kes), Labuan (104 kes), Pulau Pinang (195 kes), Pahang (131 kes), Terengganu (37 kes), Perak (68 kes), Kelantan (165 kes) dan Melaka (167 kes),” katanya dalam satu kenyataan menerusi laman Facebooknya.