nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PKPD 12 lokaliti di tiga negeri tamat ikut jadual

4 JULAI: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di 12 lokaliti di Sabah, Pahang, dan Johor akan ditamatkan seperti yang telah dijadualkan.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, lima lokaliti yang akan ditamatkan adalah di lima taman perumahan di Mentakab, Pahang iaitu Taman Bukit Bendera, Taman Rimba, Taman Sri Layang, Taman Saga dan Taman Saga Indah.

Di Johor, menurut beliau, empat lokaliti di Mukim Tenglu, Mersing akan ditamatkan iaitu Kampung Tanjung Genting, Kampung Benaung, Kampung Makam, dan Kampung Sawah Datok.

“Manakala tiga kali yang ditamatkan PKPD adalah di Sabah iaitu di Ladang Brumas, Kalabakan; Kampung Pulutan, Nabawan; dan Taman Wijaya Park di Kota Kinabalu.

“PKPD ini ditamatkan berikutan berlaku penurunan kes dan kluster adalah terkawal manakala mereka yang disahkan positif telah pun menerima rawatan.

“Justeru, kerajaan bersetuju untuk menamatkan kesemua lokaliti bermula tengah malam ini (5 Julai),” katanya menerusi kenyataan media perkembangan harian Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), hari ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri memaklumkan kerajaan bersetuju untuk melaksanakan PKPD di lima lokaliti di Sabah dan Kelantan berikutan terdapat peningkatan kes di kawasan tersebut.

Menurut beliau, bagi kawasan lokaliti di Sabah yang terlibat adalah di Kampung Jambatan Baru dan Membakut di Beufort serta Blok 6 Kampung Titingan di Tawau manakala selebihnya adalah di Kuarters Ladang Lepan Labu (A&B) dan sebahagian Kampung Pahi yang bersempadan dengan kuarters tersebut di Kuala Krai, Kelantan.

“Kesemua lokaliti akan dilaksana PKPD bermula 6 Julai sehingga 19 Julai. Pelaksanaan PKPD ini bagi memudahkan KKM menjalan pengesanan awal kes COVID-19 supaya dapat diasingkan secepat mungkin serta menyekat penularan jangkitan ke kawasan luar. 

“Selain itu, Kerajaan juga bersetuju untuk melanjutkan PKPD di Kampung Jaya Baru di Kunak, Sabah bermula 6 Julai sehingga 19 Julai juga berikutan penularan masih berlaku dalam komuniti di samping masih ada kes baharu direkodkan,” katanya. 

Sementara itu, Ismail Sabri memberitahu, sebanyak empat kilang dan 20 premis perniagaan telah diarahkan tutup kerana didapati melanggar arahan kerajaan dan prosedur operasi standard (SOP).

Beliau memaklumkan, ia berikutan pemeriksaan daripada pasukan Task Force Operasi Pematuhan semalam, di mana sebanyak 5,785 kilang dan 15, 388 premis perniagaan, 569 tapak pembinaan dan 297 asrama penempatan telah diperiksa.

“Secara kumulatifnya, pasukan Task Force Operasi Pematuhan telah melaksanakan 89,136 pemeriksaan COVID-19 di seluruh negara dengan jumlah kekuatan anggota seramai 19,625 orang,” katanya. 

Dalam pada itu, Ismail Sabri memberitahu jumlah mereka yang ditahan kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3. 0 semalam menunjukkan penurunan kepada 691 berbanding 711 kelmarin.

Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Bera memaklumkan daripada keseluruhan tangkapan, seramai 651 individu dikompaun manakala 38 orang lagi telah direman di samping dua juga direman. 

“Kesalahan tertinggi direkodkan semalam ialah mereka yang rentas negeri dan daerah tanpa kebenaran serta makan dan minum di premis sebanyak 189 kes dan tiada penjarakan fizikal sebanyak 133 kes. 

Kesalahan lain yang turut direkodkan adalah tidak memakai pelitup muka (91), individu gagal merekod butiran diri/daftar masuk premis (78), tidak patuh arahan kawalan pergerakan (63), membawa penumpang berlebihan (49), premis gagal patuhi arahan (21), aktiviti pusat hiburan (6) dan lain-lain (61), “katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.