nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

KPWKM bantu pemain dram Caliph Busker dapatkan rumah DBKL

10 JULAI : Kehidupan pemain drum Caliph Busker, Fendy Adlun, 30, yang terjejas akibat pandemik COVID-19 mendapat perhatian Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun yang berkunjung menziarahi pemain dram tersebut.

Rina berkata, pihaknya akan memastikan permohonan rumah mampu milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang sebelum ini pernah dimohon Fendy akan diuruskan dalam kadar segera.

“Fendy sebelum ini merupakan penerima bantuan Elaun Pekerja Cacat (EPC) di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat tetapi sejak tahun 2019 disebabkan pendapatan melebihi sepatutnya, beliau tidak dapat bantuan itu secara berterusan dan dihentikan,” ujarnya.

Rina berkata demikian selepas melakukan kunjungan ke kediaman pemain drum kumpulan itu hari ini.

Datuk Seri Rina Harun

“Kerajaan tidak meminggirkan OKU dan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) ada pakej bantuan untuk OKU terjejas pendapatan iaitu bantuan RM500 sebulan selama tiga bulan berturut-turut membabitkan peruntukan RM30 juta,” tegasnya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, yang turut melawat Fendy, berkata pihaknya akan membantu Fendy untuk menjana semula pendapatan melalui sistem “freelance” ekonomi yang dibina bersama KKMM di bawah program Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) menerusi myGIGI dan Glow.

Dua set dram yang sebelum ini menjadi punca mata pencarian Fendy telah dijual sebagai usaha untuk menampung perbelanjaan harian termasuk perbelanjaan anaknya yang juga OKU penglihatan,

Ujar Fendy, dua set dram yang dibelinya sekitar RM4,500 terpaksa dijual pada harga RM1,500-RM2,000 selepas wang simpanannya semakin berkurang.

Semalam, tular sebuah video yang telah dimuat naik ke laman media sosial memaparkan pemuzik ini yang membuat pemakluman kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengenai bebanan yang sedang ditanggung dirinya untuk menyara anak perempuannya berikutan pandemik COVID-19.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.