17 JULAI: Meskipun masih mencatatkan lima angka jangkitan COVID-19, namun jumlah yang dilaporkan berkurangan kepada 12,528 kes hari.
Khamis lalu, kadar kes positif COVID-19 ialah 13,235 jangkitan dan menurun semalam kepada 12,541 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata di Twitter, jumlah jangkitan keseluruhan kini adalah 905,851.
Selangor kekal merekodkan bilangan kes tertinggi iaitu 4,985.
Ini disusuli Kuala Lumpur dengan 1,740 kes, Negeri Sembilan (1,280), Kedah (701), Sabah (647), Johor (625), Melaka (569), Perak (428), Pulau Pinang (396), Sarawak (388), Pahang (317), Kelantan (211), Terengganu (177), Putrajaya (41), Labuan (22) dan Perlis (satu).