China lancar keretapi berkelajuan 600 kilometer sejam
21 JULAI : China melancarkan keretapi maglev yang berkelajuan hingga 600 kilometer sejam (km/j) yang merupakan keretapi terpantas yang pernah dibina negara tersebut.
Pengerusi China Railway Rolling Stock Corp (CRRC), Sun Yongcai, dalam satu kenyataan yang dipetik Nikkei Asia berkata, keretapi tersebut menghampiri 603 km/j, rekod dunia yang dicapai kereta api maglev Jepun keluaran Central Japan Railway.
CRRC yang adalah pengeluar lokomotif terbesar dunia, melakukan penambahbaikan sebelum memperkenalkan kenderaan itu yang mana ketahanan dan ringan menjadi kekuatannya.
Dalam laporan awal pada 2019, sistem pengangkutan maglev dikatakan berupaya melakukan perjalanan dari Beijing ke Shanghai dalam tempoh tiga jam setengah, termasuk waktu menunggu.
Ia memendekkan masa perjalanan selama dua jam berbanding menggunakan kereta api laju biasa (bullet train).
Setakat ini, syarikat itu belum mengumumkan sebarang rancangan lanjut untuk pengkomersialan pengangkutan maglevnya.