21 JULAI: Seorang bekas menteri merangkap Ahli Parlimen akan didakwa di Mahkamah Sesyen Jenayah Jalan Duta, Kuala Lumpur, esok kerana dikatakan menyeleweng dana sebuah parti bernilai kira-kira RM1 juta.
Menurut sumber, bekas menteri berusia 29 tahun itu dijangka berhadapan dengan dua pertuduhan di bawah seksyen 403 dan 405 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan pecah amanah jenayah.
Sumber berkata, jumlah keseluruhan penyelewengan dilakukan bekas ketua pemuda sayap sebuah parti politik berkenaan adalah dianggarkan bernilai RM1. 12 juta.
“Beliau yang juga salah seorang pengasas sebuah parti politik juga akan dituduh di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) di Mahkamah Sesyen Johor Bahru dalam masa terdekat.
“Siasatan ke atas bekas menteri di zaman pemerintahan Pakatan Harapan (PH) berkenaan selepas beliau membuat laporan polis berhubung kehilangan wang dianggarkan bernilai RM250,000 dari peti simpanan di rumahnya di Petaling Jaya pada tahun lalu,” katanya.
Sebelum ini, bekas menteri berkenaan mendakwa bahawa wang yang hilang berkenaan sebenarnya adalah milik peribadi dan ibu bapanya yang akan digunakan untuk kerja-kerja menaik taraf rumahnya