nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

8 adik beradik ditawar Rumah Rakyat Pahang secara percuma

24 JULAI : Lapan adik beradik yang menjadi yatim piatu setelah kedua ibu bapa mereka meninggal dunia akibat COVID-19 baru-baru ini ditawarkan Rumah Rakyat Pahang (RRP) yang bernilai RM65,000 oleh kerajaan negeri Pahang secara percuma.

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menerusi satu kenyataan berkata, tapak rumah RRP yang dicadangkan itu ialah di kampung asal ibu mereka di Rancangan Tanah Felda Kota Gelanggi 2, Jerantut.

“Saya amat bersimpati dan sedih dengan nasib yang menimpa lapan beradik ini kerana yang sulung, Nazurah Nabilah Benyajeed baru berusia 19 tahun, manakala adiknya berusia empat hingga 18 tahun, yang kini menyewa bersama ibu saudara mereka di Rawang, Selangor.

“Demi melihat mereka kekal tinggal serumah bersama ibu saudara mereka itu, kerajaan negeri membuat tawaran RRP ini manakala ibu saudara mereka akan diberikan elaun bulanan sewajarnya.

“Sementara menunggu rumah itu siap, kerajaan negeri akan menyediakan rumah sewa sementara yang akan dibiayai  kerajaan negeri,” ujarnya.

Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail

Katanya lagi, pegawai beliau sudah pun menghubungi anak sulung lapan adik beradik tersebut, Nazurah Nabilah dan  berharap mereka akan menerima tawaran kerajaan negeri itu.

Selain itu, menurut Wan Rosdy, Yayasan Pahang (YP) dan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) juga akan membiayai pendidikan mereka yang masih bersekolah.

Jelasnya, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang sudahpun menyenaraikan lapan adik beradik tersebut sebagai penerima bantuan bulanannya.

Bapa lapan beradik itu, Benyajeed Bernie, 45, meninggal dunia pada 16 Julai manakala ibu mereka, Noraini Ibrahim, 43, pula pada 18 Julai akibat COVID-19.

Kisah lapan beradik itu tular dan mendapat perhatian pengamal media, badan bukan kerajaan (NGO) dan wakil rakyat selepas kisah mereka dimuat naik di Facebook pada Selasa lalu.

Terdahulu,  Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang melawat keluarga berkenaan berkata, kerajaan akan menyalurkan bantuan bagi kes anak yang kematian ibu bapa akibat COVID-19 supaya masa depan mereka terjamin.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.