28 JULAI: United Kingdom mengumumkan akan menyumbang sebanyak 415,000 dos vaksin AstraZeneca kepada Malaysia bagi membantu menangani pandemik COVID-19 di negara ini.
Perkara tersebut dimaklumkan oleh Setiausaha Luar dan Hal Ehwal Komanwel United Kingdom, TYT Dominic Raab kepada Menteri Kanan Luar Negeri (Keselamatan) Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam satu kenyataan hari ini.
“Kerajaan United Kingdom berbesar hati untuk menyumbang 415,000 dos vaksin COVID-19 jenis AstraZeneca secara percuma kepada Malaysia.
“Alhamdulillah…Malaysia amat menghargai keprihatinan rakan-rakannya dan menganggap sumbangan ini sebagai satu lagi nilai dan makna persahabatan akrab antara kedua-dua negara sejak sekian lama.
“Terima kasih Dominic Raab dan Kerajaan United Kingdom!” katanya.
Hishammuddin turut berharap usahasama antara Malaysia dan United Kingdom kekal utuh terutama dalam usaha menangani cabaran pandemik ketika ini.