29 JULAI: Mesyuarat Khas Dewan Rakyat ditempohkan sehingga jam 5.15 petang ini bagi membolehkan semua Ahli Parlimen, pegawai dan kakitangannya menjalani ujian saringan COVID-19 serta-merta.
Berikutan itu semua ahli Parlimen, pegawai dan kakitangan tidak dibenarkan meninggalkan Kompleks Bangunan Parlimen sehingga proses saringan selesai.
Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon berkata keputusan drastik berkenaan terpaksa dibuat selepas dua lagi petugas Parlimen disahkan positif COVID-19 semalam dan hari ini.
“Kes pertama ialah membabitkan seorang petugas yang hadir ke parlimen sejak Isnin lalu hingga rabu (semalam) dengan nilai kitaran ambang 18.7 below 20 iaitu ‘High Viral Load and Infectivy’.
“Kes kedua dikesan positif pada hari ini semasa ujian saringan kendiri menggunakan RTK di Parlimen hari ini. Malah, berdasarkan penilaian risiko siasatan awal mendapati kedua-dua kes terbabit berada di beberapa lokasi ketika sidang Parlimen,” katanya dalam ketika menempohkan sidang Dewan Rakyat hingga 5.15 petang ini.
Berikutan itu, Mohd Rashid memohon semua individu yang hadir ke Dewan Rakyat termasuk semua Ahli Parlimen dan pegawai serta pekerja sokongan.
“Tiada siapa dibenarkan meninggalkan kompleks Parlimen sehingga keputusan diperoleh. Ujian saringan dilakukan di Pintu 3 Blok utama yang akan beroperasi sejak semalam dengan keutamaan diberikan kepada ahli Parlimen.
Mohd Rashid berkata penangguhan Mesyuarat Khas Parlimen sehingga 5.15 petang ini dibuat mengikut Peraturan 12(2), Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.